Ikuti Blog ini

Pengerusi SPR Cemas Ketika Diwawancara TV3


Sungguh melucukan pabila melihat wajah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Yussof (foto) yang nampak cemas dan gelabah ketika diwawancara oleh wartawan TV3 mengenai perkembangan pilihanraya kecil Parlimen Sibu hari ini. Kelibat beliau dapat dilihat ketika lintas langsung yang dibuat oleh stesyen TV itu ke Pusat Pengiraan Undi di Sibu sebentar tadi.

Ketika ditanya tentang jumlah peratusan keluar mengundi yang merosot, beliau mengatakan amat hairan dengan sikap pengundi di Sibu. Malah ada sesuatu yang aneh telah dikeluarkan oleh Aziz iaitu berkenaan peratusan pengundi itu. Sebelum ini dia mengumumkan peratusan adalah 59.86%, tetapi kemudian beliau mengatakan kemungkinan peratusan melebihi 60%. Malah, mengatakan pengumuman rasmi keputusan pilihanraya kecil kali ini akan dibuat selepas jam 10.00 malam dan bukannya 9.00 malam seperti yang dijanjikan.



Undi yang diperolehi oleh DAP kini sudah melepasi jumlah undi yang diperolehi semasa PRU-12 yang lalu. Jumlah setakat ini 18,570 Undi berbanding hanya 15,903 undi ketika pilihanraya umum lalu. Perbezaan terkini ialah 2,667 undi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .