Ikuti Blog ini

Walaupun Hukuman Penjara Bung Ditangguh..Tapi Ada 3 Alasan Mengapa PRK Kinabatangan Akan Diadakan

Hukuman penjara Bung Moktar ditangguh

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya.

Menurut hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, penangguhan itu diluluskan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.Hakim juga memerintahkan ahli parlimen itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000.Bung Moktar diarahkan memfailkan notis rayuan itu dalam masa 14 hari.Peguamnya sebelum itu mengemukakan permohonan penangguhan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjarakan.

Walaupun hukuman penjara bung mokhtar ditangguh, tapi prk kinabatangan perlu diadakan dan ia pasti diadakan selepas rayuan bung di mahkamah tinggi. Ini alasannya..

1) Bung dah mengaku salah kerana mahkamah syariah tidak boleh brbohong dan gunakan sumpah dengan Allah. Maka rayuan di mahkamah tinggi, lebih kepada pengurangan hukuman. Walaupun hukuman penjara 1 hari sekalipun, beliau tetap akan hilang kelayakan ahli parlimen kerana Perkara 48 Perlembagaan menyatakan bahawa hilang kelayakan ahli parlimen kerana penjara kurang dari 1 tahun..1 hari boleh juga hilang kelayakan.

2) Hakim Mahkamah Syariah tidak mudah dibeli macam hakim mahkamah secular sivil yang mudah dibeli. Jadi jika kes itu dirayu ke mahkamah tinggi syariah, maka hukuman kes itu tntu tidak akan diringankan bahkan tentu ditambah kerana berpoligami gunakan kadi sindiket.

3) Undang-undang keluarga islam terletak di bawah bidangkuasa negeri. Jadi bung tak boleh minta kawan-kawannya dari umno untuk panda enakmen negeri kerana kes poligami bini ketiga yang tak sah dilakukan di selangor..jadi takkan kerajaan pr nak panda enakmen kerana bung..nasib ko lah bung, sapa suruh langgar undang-undang.

Sebelum ini ada sejarah ahli parlimen hilang jawatan jika rayuannya ditolak oleh mahkamah paling tinggi. Dalam Kes Fan Yew Teng vs Setiausaha Dewan Rakyat & Lain-lain (1975) 2. M.L.J 41, Plaintif, seorang anggota parlimen telah didapati bersalah di Mahkamah Tinggi kerana satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan telah didenda sebanyak $2000/- atau enam bulan penjara.

Sebelum kes rayuannya selesai, beliau telah dimaklumkan oleh defendan pertama bahawa beliau telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen menurut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan dan kerusi parlimennya menjadi kosong mengikut peruntukan Perkara 51. Seterusnya Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya telah mengarahkan mengambil tindakan bagi satu pilihanraya kecil menurut Peraturan Pilihanraya 1959.

Tapi kesilapan parlimen dalam kes ini ialah tidak menunggu kes ahli parlimen selesai di peringkat lagi tinggi. Dan Mahkamah telah memutuskan bahawa kerusi Parlimen plaintif tidak dikosongkan secara automatik hanya kerana si plaintif telah didapati salah dan dihukum oleh mahkamah.

Jadi dalam kes Bung, kita tunggu sahaja kes ini selesai dirayu di mahkamah Tinggi Syariah..tapi nak gayanya, beliau ini tetap akan dihukum dan prk di kinabatangan akan diadakan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .