Ikuti Blog ini

PRK Sibu Mengukuhkan Muafakat Pakatan, Melebar Pengaruh PAS.

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/PRKSibu2.jpgBahagian 1 - Jika DAP Menang Cina Tak Boleh makan Babi

KUALA TERENGGANU
- PAS merakamkan ucapan tahniah kepada wakil rakyat baru, Wong Ho Leong dan juga DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (Pakatan) bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) P.212 Parlimen Sibu.


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam satu sidang media ‘panjang’ di Kuala Terengganu hari ini, sempena kemenangan kali pertama DAP dalam pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum (PRU) tahun 2008.

Ia juga merupakan kemenangan muafakat Pakatan Rakyat, yang juga kali pertama di Malaysia Timur, malah PRK Sibu menjadi medan PAS melebarkan sayapnya dan bakal menambahkan cawangan malah kawasan baru di Sibu.

Bukan Mudah Menang Di Sibu

Kemenangan di Sibu sebenarnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Menurut Dato’ Mustafa, sejak dari awal, semua pihak dalam Pakatan baik DAP, PKR dan PAS tidak yakin, Barisan Nasional dapat ditumpaskan di Sibu.

“Bukan saja DAP, kita (PAS) meletakkan bahawa, bukan mudah DAP untuk mencapai kemenangan, antara faktor yang menjadi penghalang kita adalah undi pos,”hujah beliau.

Selain itu, walaupun dalam PRU 2008 pengundi Cina telah memihak kepada DAP, tetapi undi Melayu dan Iban masih memihak kepada BN.

Oleh itu, strategi diatur supaya PAS menumpukan kempen di kawasan Melayu-Melanau di dalam DUN Nangka.

”Sebahagian besar Melayu Melanau brada dalam DUN Nangka, kita (PAS) diminta memberikan penumpuan yang khusus oleh petugas PAS yang mahir,”jelasnya.

Akhirnya, apabila keputusan diumumkan, undi Melayu meningkat kepada 34% daripada PRU 2008 sebanyak 16% yang menyokong DAP.

Isu Perkaumanan dan Agama

Dato’ Mustafa Ali memaklumkan, yang memulakan isu perkauman dan agama dalam PRK Sibu adalah pihak BN.

Antara isunya adalah isu negara Islam, perbezaan parti-parti pakatan Rakyat dan isu halal, haram.

”BN menimbulkan isu lama yang mereka anggap banrangkali boleh menarik bukan Islam, iaitu undi DAP (bermakna) undi PAS dan (meng)undi negara Islam,

”banner (kain rentang) yang dipasang merata-rata tempat, ialah tiga orang pemimpin Anwar, Kit Siang dan Tok Guru Haji Hadi, gambar mereka tidur tapi mimpi lain-lain,”katanya.

Paling teruk, isu agama dan bangsa dimanipulasi adalah, kalau DAP menang, orang Cina tidak boleh makan babi lagi, kerana DAP berbaik dengan PAS.

”Jadi, begitu dia (BN) punya sempit pemikiran nak mempengaruhi kaum Cina, kalau undi DAP tidak boleh makan babi, sebab bersama dengan PAS,”ujar Dato’ Mustafa.

Namun, penjelasan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu telah mematikan kempen provokasi BN itu.

Ketika berceramah dengan Lim Gian Eng, Mohamad berkata, sekiranya Cina Sibu tidak boleh makan babi lagi, ikut saya ke Kelantan, boleh makan babi!? -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .