Ikuti Blog ini

Saman Ibrahim Ali Kosong Dan Sia-Sia


Tindakan saman RM2 juta yang dilakukan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan akhbar Suara Keadilan dianggap sebagai saman kosong dan usaha sia-sia sahaja.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ketika dihubungi oleh Suara Keadilan memberitahu tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali itu umpama saman kosong sahaja dan tidak boleh diambil tindakan.

"Sehingga sekarang saya belum lagi menerima saman yang dikemukan oleh Ibrahim Ali itu, tetapi apa yang ingin saya nyatakan adalah setiap apa yang diperkatakan oleh anngota parlimen di dalam Dewan Rakyat mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh dibawa ke mahkamah, jadi perkara yang dilakukan oleh Ibrahim umpama saman kosong dan sia-sia.

"Bila perkara yang berlaku di dalam dewan di bawa ke mahkamah maka perkara tersebut akan dibatalkan terus oleh mahkamah setelah Saifuddin membuat permohonan.

"Saya yakin dengan Saifuddin setiap apa yang beliau hujahkan itu mempunyai bukti dan yakin dengan kebolehannya. Beliau akan mempertahankan setiap apa diperkatakan olehnya," katanya yang juga merupakan peguam kepada Saifuddin berhubung kes saman Ibrahim.

Beliau juga memberitahu disebabkan belum menerima apa-apa dokumen saman yang telah dikemukakan oleh Ibrahim, beliau tidak dapat memberikan penjelasan dengan lebih lanjut.

"Saya tidak dapat berikan komen dengan terperinci sebab sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa dokumen saman, setelah saya meneliti segala isi kandungan dalam saman tersebut baru kita boleh tahu bentuk tindakan yang boleh kita ambil.

"Mengenai saman terhadap akhbar Suara Keadilan tidak ada apa alasan yang kukuh dapat Ibrahim kemukakan kerana Suara Keadilan hanya mengeluarkan berita melalui hujahan yang di lakukan oleh Saifuddin di dalam dewan bukannya dil uar," sambungnya lagi.

Sebelum itu Ibrahim telah mengemukakan saman RM2 Juta terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu kerana didakwa memfitnah beliau dengan membabitkan beliau dengan perniagaan perjudian Tan Sri Vincent Tan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Mac lalu.

Ibrahim juga mahu mengemukakan saman tehadap lidah rasmi KEADILAN atas alasan yang sama.

Sehingga sekarang Saifuddin dan juga akhbar Suara Keadilan belum menerima dokumen saman yang dikemukan oleh Ibrahim.- sk
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .