Ikuti Blog ini

Tian Chua masih Ahli Parlimen Batu yang sah. Kerusi Batu tidak kosong – SPR

Malaysian opposition leader Tian Chua, center, walks with his supporters at a court in Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, Oct. 22, 2009. A Malaysian court convicted a prominent opposition lawmaker Thursday of biting a policeman at an illegal protest _ a verdict that could cause him to lose his Parliament seat.

Tian Chua Masih Ahli Parlimen – SPR

PETALING JAYA: “Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen Batu yang sah. Kerusi Parlimen Batu tidak kosong sehingga kini,” demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Menurut Abdul Aziz, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang notis daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memaklumkan berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Batu.

“Kita tidak terima sebarang notis sehingga kini. Jadi SPR tidak boleh buat apa-apa keputusan.

“Hanya dengan notis itu barulah pihak kami boleh tafsirkan sama ada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Batu atau sebaliknya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ghazali Cha hari ini yang memutuskan tidak ada keperluan untuk menyemak semula penghakimannya untuk mengurangkan hukuman denda RM2,000 ke atas Tian Chua.

Ghazali memaklumkan kepada peguam yang mewakili Ahli Parlimen Batu itu, Ranjit Singh bahawa beliau mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Beliau bagaimanapun mengekalkan keputusan mendenda Tian Chua RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis tiga tahun lalu.

Jumaat lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi Parlimen Batu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi parlimen berkenaan.

Perkara 53 (1) menyebut “jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad”.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, badan berkenaan mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi dan mereka tidak boleh mengisytiharkan sebarang kekosongan kerusi Parlimen tanpa notis atau surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat mahupun pihak mahkamah. -Mstar

Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen Batu yang sah. Kerusi Parlimen Batu tidak kosong sehingga kini.Kita tidak terima sebarang notis sehingga kini. Jadi SPR tidak boleh buat apa-apa keputusan – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .