Bayaran RM77 Juta Kepada Apco Lebih Baik Diberi Kepada Rakyat Gaza
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menganggap tindakan pembentangan usul Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentang serangan ganas rejim Zionis Isreal di Parlimen hari ini sebagai sudah terlambat dan tidak lagi relevan sedangkan pada masa yang sama Umno-Barisan Nasional masih menyokong rejim Zionis itu secara tidak langsung.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa menambah, pembentangan usul ini dilihat sebagai satu tindakbalas terhadap kejayaan besar demonstrasi Pakatan Rakyat di Kampung Baru Jumaat lalu yang berjaya mengumpulkan lebih 20,000 rakyat.
Berbeza dengan demonstrasi Pemuda Umno pada hari yang sama yang hanya berjaya mengumpul kira-kira 200 orang tanpa kehadiran mana-mana badan bukan kerajaan yang jelas menunjukkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap Umno dan agendanya.
Azmin juga menyuarakan ketidakpuashatian pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru dan Majlis Agama Islam Selangor kerana tajuk khutbah selepas solat Jumaat lalu bertajuk 'Marilah Membentuk Gagasan 1Malaysia', yang langsung tiada kaitan dengan isu semasa atau demonstrasi yang akan diadakan.
"Mais perlu memantau dan memastikan khutbah yang memanfaatkan rakyat, bukan membincangkan sesuatu yang seloah-olah memberikan gambaran bahawa tiada apa-apa yang berlaku," tegas Azmin lagi.
Tambah beliau, Umno-BN mesti memberikan amaran keras kepada Amerika Syarikat kerana kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai satu tanggungjawab moral dalam menghentikan keganasan rejim Zionis Israel.
"Kerajaan Umno-BN bertindak menyokong tindakan Amerika Syarikat membekukan jualan petroleum ke Iran atas alasan Iran cuba membangunkan senjata nuklear tetapi kenapa Umno-BN berdiam diri sahaja, tidak menentang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel yang juga membangunkan senjata nuklear? Ini hipokrasi.
"Hipokrasi memang biasa dalam Umno-BN, sebagai contoh apabila Hamas menang, Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, Amerika juga tidak mengiktiraf dan kerajaan Umno-BN yang suka mengangguk kepada Amerika Syarikat, juga tidak mengiktiraf kerajaan Hamas," tegas beliau lagi.
Tambah Azmin, Umno-BN membuat tentangan terhadap Israel secara luaran sahaja tetapi membuat perjanjian dengan mereka secara senyap.
Ini dilihat dengan jelas melalui perlantikan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan, yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Israel.
"Kalau kerajaan Umno-BN boleh membayar RM77 juta kepada Apco, maka sudah tiada gunanya usul ini. Umno-BN sanggup bayar berjuta-juta, tetapi tidak sanggup berkorban demi rakyat.
"Lebih baik wang ini diberikan kepada Hamas sebagai bukti sokongan kita kepada Palestin daripada menyokong rejim Zionis Israel dengan cara ini. Jika betullah Umno-Bn ikhlas dalam usul ini, hentikan kontrak Apco dan buat kenyataan yang keras terhadap Amerika Syarikat," cabar Azmin lagi. -GB