Ikuti Blog ini

Wakil Yayasan Amal Malaysia TERSELAMAT tapi . . .




Assalamualaikum,


Maklumat yang diterima daripada YB Dr. Rani yang kini difahamkan dalam perjalanan pulang dari Istanbul, bahawa Tuan Hj Jamuliddin Elias berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun beliau kini berada di dalam tahanan Israel Laknatullah.


The Unsung Hero

Pada petang ini, Presiden PAS, Tuan Guru Ust Abdul Hadi Awang akan menziarahi keluarga Pak Jamal di Kg Delek. Tuan Guru dijangka sampai di KLIA pada jam 2 petang ini dan terus ke rumah Pak Jamal. Saya ingin menjemput kepada yang berkelapangan supaya turut serta bersama rombongan tuan guru ke rumah Pak Jamal dalam pukul 3 petang hari ini. Berikan sokongan kepada keluarga Pak Jamal.

Terima kasih,
Mohd Shaiful Roseman
Ketua Urusan Pengundi Muda
Majlis Tindakan DUN N45 Selat Klang


Gambar terakhir beliau di tanahair sebelum berlepas dan menyertai Konvoi LL4G di atas kapal induk Mavi Marmara

*Mari memberi sokongan moral kepada hero kita, Jamuliddin Elias di facebook beliau dan facebook isteri beliau [di sini] dan[di sini].
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .