Ikuti Blog ini

Kuota 30% Bumiputera Telah Dihapuskan. UMNO Juga Bakal Hapus....

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus, Nor Mohd Yakcop

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.


Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau. -MR

Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO?

Ia adalah langkah terdesak Najib dan UMNO untuk meaih sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN.

Pun kita akan saksikan, bukan-Melayu tidak berkeinginan menyokong BN lagi.

Tanpa kuota 30%, yang bakal terhapus juga ialah UMNO - parti yang hidupnya selama ini bergantung kepada kuota itu. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .