Jom semua kita ucap alhamdulillah..bila dengar berita ini..
Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.
Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.
"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.
"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.
Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.
"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.
Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.
"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.
Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.
"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.
Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.
"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.
"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.
Memang bahagian Setiu amat bermasalah. Ini semua bermula pada pemilihan UMNO setiu 25hb OKtober 2008 lalu dimana berlaku persaingan yang sengit untuk merebut dua jawatan utama yaitu Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian. Dalam persaingan ini terdapat dua pasangan regu iaitu Dato Jidin Mohd Shafei dan Hj Rahman Mat Yassin yang pro pada Mat Said melawan Adun Jabi,Ramlan Ali dan Adun Langkap,Asha'ari Idris yang merupakan geng Idris Jusoh
Pada pemilihan itu, Dato Jidin (gambar kanan) menang sebagai Ketua Bahagian Setiu dengan kemenagan tipis 30 undi mengatasi YB Ramlan Ali (ADUN Jabi) Sementara itu bagi Timbalan Ketua Bahagian di menangi oleh Asha'ari Idris (Adun Langkap, EXCO) dengan kelebihan 8 undi mengatasi Hj Rahman Mat Yassim (Bekas Ketua Pemuda Bahagian Setiu).
Dan perlu diingat juga, dalam mesyuarat agung itu, Bahagian Setiu telah memilih Tan Sri Mohammad Taib sebagai calon Timbalan Presiden mengatasi Muhyiddin Yassin dengan kelebihan 4 undi. Sebab itulah kehadiran Muhyiddin hari ini diboikot oleh perwakilan UMNO bahagian itu.
Nampaknya geng-geng Idris memberontak hari ini. Mereka secara halus cuba tunjukkan pada Muhyiddin yang mereka dah berpatah arang dengan Mat Said. Ramlan (gambar kanan) yang ketuai pemberontakan ini kerana beliau tewas pemilihan Ketua UMNO Setiu kepada geng Mat Said. Ramlan sendiri sebelum ini pernah pertikaikan keputusan Perhubungan UMNO Terengganu secara terbuka.
Ramlan mendakwa tindakan kepimpinan negeri mengarahkan UMNO Cawangan Tasik Tok Lebai supaya mengadakan semula mesyuarat cawangan telah menimbulkan tanda tanya selain rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.
Ramlan yang kalah dalam pemilihan Ketua bahagian juga berdegil dan tetap melaksanakan mesyuarat cawangan di DUN Jabi berdasarkan jadual mereka sendiri, tidak kira samada wakil bahagian akan hadir atau tidak.
Jelas bahawa krisis UMNO Setiu dan Terengganu sudah parah. Mohd Jidin Shafie dan Ramlan sendiri sudah tidak boleh duduk semeja. Dilaporkan bahawa jika Ahmad Said turun padang ke JABI, Ramlan akan menghilangkan diri dan hanya hadir pada majlis yang dihadiri oleh Idris. Bahkan Ramlan sendiri pernah mengugut, bahawa jika beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU 13 akan datang, maka beliau akan pastikan DUN Jabi jatuh ke tangan PAS. Nah UMNO dan Muhyiddin, tak ke pening ada pemimpin UMNO yang tikam sesama sendiri..