Harap Najib dan pemimpin UMNO insaf dan bertaubat dengan peristiwa ini
Gempar: Majlis Pelancaran Hari Koperasi Negara Di Kuantan Kecoh Bila Ribut Tiba-Tiba Melanda Sejam Sebelum Perasmian Oleh PM Najib Razak !!
KUANTAN, 16 Julai - Sambutan Hari Koperasi Negara 2010 dekat sini hari ini kecoh apabila ribut melanda Padang MPK2 iaitu lokasi tapak program terbabit. Ribut yang disertai hujan lebat itu berlaku kira-kira satu jam sebelum majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Najib Razak. Ramai yang terkejut dengan apa yang berlaku, malahan mereka juga panik melihat senario yang berlaku. Difahamkan, kejadian bermula selepas berakhirnya solat Jumaat tengahari tadi. Keadaan gelap dan disertai guruh sahut menyahut seakan-akan tidak merestui Najib Razak untuk hadir dalam program itu.
Tambahan pula, mengikut jadual majlis pelancaran akan dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob. Namun, sekitar jam 9.00 pagi dimaklumkan bahawa perasmian akan digantikan oleh Perdana Menteri sendiri, kerana beliau berada di Pekan ketika itu.
Akhirnya PM Najib diwar-warkan merasmikan juga program berkenaan biarpun dalam masa yang sama beliau mempunyai acara rasmi yang lain di kawasannya. Namun, bagai sudah dijangka bahawa kehadiran Najib memang "membawa bala" maka akhirnya ribut melanda. Sebelum ini, kita juga digemparkan dengan kejadian yang sama ketika beliau ke Kota Bharu baru-baru ini. Ribut melanda dan hanya kira-kira 200 orang tetamu sahaja yang hadir dalam satu majlis yang cukup kontroversi itu.
Malah, baru-baru ini ribut juga melanda ketika Najib hadir di Majlis Jamuan Makan Raksasa anjuran Persatuan Perniagaan Cina Kuantan di Stadium Darul Makmur bersebelahan dengan tapak sambutan Hari Koperasi Negara itu.
Orang ramai dilihat bertempiaran lari dan panik dengan kejadian yang berlaku. Tambahan pula ketika itu, masing-masing terutamanya peserta pameran yang terdiri daripada wakil koperasi dari seluruh negara sedang sibuk menyiapkan booth masing-masing untuk menerima kunjungan tetamu kehormat yang dijangka mengadakan lawatan selepas acara perasmian itu.
Lebih mengejutkan ada booth-booth yang rosak teruk termasuk tiang khemahnya tercabut akibat pukulan ribut berkenaan. Ia datang secara tiba-tiba dan tidak dijangka, kerana sebelum itu cuaca di lokasi terbabit dan bandar Kuantan didapati cerah sebenarnya. Kami juga difahamkan, pintu gerbang utama untuk menyambut ketibaan PM Najib Razak juga telah runtuh menyembah bumi ketika kejadian berlaku.
Malah, padang tempat lokasi pameran dan jualan didapati bagaikan "sawah padi", lecah di sana sini serta berlumpur akibat ribut berkenaan. Semua ini berlaku dalam sekelip mata dan tidak disangka-sangka oleh pihak penganjur. Masing-masing teruja melihat apa yang berlaku dan tidak bersiap sedia untuk berhadapan dengan situasi itu sebenarnya. Keadaan panik menyebabkan, ada gerai-gerai pameran yang rosak teruk serta basah ditimpa dek hujan ribut yang melanda.
[Ramai yang berbunyi apakah itu tandanya "bala sekali lagi melanda" akibat kehadiran Najib dalam program berkenaan. Jika benar ianya satu bala, maka ia satu tamparan hebat buat Najib Razak. Beliau bukan sahaja ditolak rakyat, malahan juga "alam semesta". Bukti jelas ribut berkenaan hanya berlaku di sekitar kawasan terbabit dan sekitarnya, kerana terdapat laporan di sekitar kawasan 5-10 km dari lokasi berkenaan keadaan panas terik seperti biasa dan langsung tidak ada setitik hujan (Semambu, Balok, Beserah dan sekitarnya).
Ini mengesahkan lagi bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran PM Najib itu sebenarnya. Oleh itu, orang ramai dan rakyat diseru mengambil ikhtibar atas apa yang terjadi ini]. (Sumber)