KUALA NERUS - Gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, zina dan pembuangan bayi serta pelbagai jenayah yang semakin berleluasa di negara ini adalah berkait rapat dengan 'tahap berhibur' yang tinggi dikalangan rakyat dalam negara ini.
Masyarakat Melayu terutamanya yang banyak terkesan dengan gejala sosial tersebut telah dididik dengan budaya 'tidak peduli' yang menganggap bahawa 'politik tidak ada kena mngena' dengan agama.
Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhwan Mohd Nor berkata sebuah agensi perundingan antarabangsa yang membuat satu kajian keatas 52 buah negara, dimana rakyatnya paling kuat berhibur, telah merumuskan Malaysia duduk ditempat ke 10.
"(sebuah) konsultan (perunding) antarabangsa, dia buat kajian, macam-macam kajian. Satu kajian, dia ambil 'sampling' (ke atas) 52 buah negara, apa tajuk kajian....'Negara, Rakyat Paling Kuat Berhibur'
"daripada 52 buah negara, samada negara kafir ke, negara umat Islam ke, negara Malaysia duduk (di) tangga yang ke 10 paling kuat berhibur,"ujar Ustaz Ridhwan ktika menyampaikan ceramah di Pekan Batu 6, dekat sini, semalam16 Ogos. -BO
Dengar Ceramah Penuh Ustaz Ridhwan di BO Radio