Ikuti Blog ini

Air zamzam di Madinah asli

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnh1ykQ3ApjYBlCdb7WSeJF69VS6WynUMKw3SLvH4OuA_gFb8neIY7l02dHjdXDoRemZFjW4PB_g1Lc51tGYGjXVL975O0iqdgqgvCIWGd3f2I_KAlfL2u9nrnAszuV7ALg0saFnAG-cfw/s400/200224171-001.jpg


Air zam zam di Masjid Nabawi


MADINAH: Seorang pegawai di Masjid Nabawi menolak dakwaan kononnya air zamzam di masjid berkenaan dicampur dengan air biasa.

Pengarah Penyelenggara dan Air masjid itu, Ibrahim bin Mayed berkata, laporan mengenai perkara itu tidak berasas.

Beliau mengulas dakwaan yang berkata, air biasa dicampur dengan air zamzam yang dihantar ke Madinah dari Makkah.

Katanya, ia tidak mungkin boleh berlaku memandangkan air zamzam melalui beberapa peringkat untuk membolehkan ia sesuai diminum sebelum dihantar ke Masjid Nabawi.

Ibrahim berkata, air itu dibersihkan menggunakan sinar ultraungu. Contoh air diuji di makmal bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bakteria berbahaya dan mengikut spesifikasi kesihatan.

Selain itu, air zamzam juga diambil daripada beberapa kawasan, termasuk stesen pengepam dan pengagihan.

Sampel rawak juga diambil dari mesin pendingin air. Semuanya diuji secara menyeluruh di makmal kualiti bagi memastikan ia selamat untuk diminum dan tidak tercemar atau bercampur dengan air biasa.

Ibrahim juga menjelaskan, pentadbiran Masjid Nabawi menyediakan 220 tan air zamzam di lebih 12,000 mesin pendingin air untuk kegunaan pengunjung setiap hari.

Sebagai tambahan, lebih sejuta cawan pakai buang disediakan setiap hari di masjid itu.

Lori tangki yang digunakan untuk mengangkut air itu dari Makkah ke Madinah juga dibersihkan sebelum diisi dengan air zamzam.

Apabila tiba di Madinah, sampel air itu sekali lagi diperiksa sebelum dipam ke tangki bawah tanah. Tangki itu juga dipastikan kebersihannya. “Ini membuktikan tidak ada kemungkinan air zamzam itu bercampur air biasa atau tercemar,” kata Ibrahim. - Agensi

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .