Ikuti Blog ini

Darul Iman; Maksiat, GRO dan Pondan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/maksiat.jpgTatkala menunggu-nunggu waktu berbuka puasa bagi memenuhi jemputan seorang teman di Kuala Ibai, hati tergerak untuk ‘round-round’ di Taman Rekreasi Masjid Tengku Intan Zaharah atau lebih tersohor dengan nama masjid terapung.

Sampai di pertengahan jalan, bersetentang dengan tasik berdepan masjid tersebut, terlihat seorang lelaki berbaju ‘panas’ putih berkain pelikat sedang berdepan dengan seorang pemuda.

Gaya lelaki tersebut bercakap dengan pemuda itu menarik perhatian ramai pengunjung di persekitaran itu.

“Buat malu orang Melayu, Islam….. awak puasa ke tidak…. Kalau puasa baik buka dan makan dari awak buat maksiat…..,”kata-kata lelaki itu masih kedengaran di telinga.

Rupa-rupanya, lelaki yang berkain pelikat dan berbaju ‘panas’ telah menangkap pemuda tersebut yang sedang berdua-duan dalam sebuah kereta Perodua Viva.

Mereka bukan setakat duduk diam-diam, tetapi si pemuda telah berbaring diatas riba si perempuan dalam kereta itu.

Walaupun dalam bulan Ramadhan, ada dikalangan pemuda dan pemudi di negeri Terenganu yang hanyut dengan maksiat.

Itulah satu sketsa di negeri Terengganu yang digelar DarulIman.

Bahkan ia semakin mengejutkan ketika Ramadhan menghanpiri penghujungnya.

Bulan mulia yang dijanjikan keampunan dan terlepas dari api neraka oleh Allah SWT rupa-rupanya penuh dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Pada 5 September, bersamaan 26 Ramadhan, terpampang pula di dada akhbar berita yang panas dibawah;

Polis Tahan 21 Warga Asing Salah Guna Pas Lawatan Sosial

KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) -- Polis menahan 21 warga asing kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dalam Ops Noda yang dilakukan sepanjang Ramadan ini.
http://buletinonline.net/images/stories/berita32/pondan.jpg
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Zamri Shamsuddin berkata dalam tempoh tesebut 17 serbuan dilakukan dan daripada 21 warga asing yang ditahan itu masing-masing 18 wanita warga Thailand, dua wanita dari Laos dan seorang lelaki dari Myanmar.

"Mereka ditahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dan disyaki bekerja sebagai pelayan di pusat-pusat hiburan di bandar raya ini," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Zamri berkata serbuan dibuat ke atas lima pusat hiburan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam serta risikan.

Katanya polis juga telah menahan tiga pemilik premis di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah.

"Kita akan tahan selama 15 hari untuk jalankan siasatan sebelum mereka dituduh di mahkamah," katanya.

Polis juga telah mengeluarkan saman ke atas empat daripada lima pusat hiburan itu di bawah Seksyen 61 Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan di negeri ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Zamri berkata selain Ops Noda, polis juga mengadakan Ops Lejang iaitu mencegah curi motosikal, Ops Pintu (pecah rumah) dan juga Ops Rentap (Ragut) pada bulan Ramadan ini.

"Hasil operasi itu kita berjaya membendung peningkatan biasa kes-kes curi motosikal, pecah rumah dan juga kes ragut," katanya.

Beliau berkata, menjelang hari raya ini polis juga telah mengeluarkan notis yang akan diletakkan di peti-peti surat menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan harta benda mereka.

"Kita harap orang ramai dapat beri kerjasama dengan memaklumkan kepada polis di balai-balai berdekatan jika ingin bercuti panjang semasa raya ini. Masukkan sekali nombor telefon untuk kemudahan pesanan ringkas (SMS) di dalam notis-notis berkenaan bagi kemudahan polis," katanya.-- BERNAMA

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/pondan1.jpgTimbul persoalan, mengapakah berlaku ‘bala’ sedemikian dinegeri yang terkenal dengan jolokan ‘Serambi Madinah’ suatu masa dulu.

Negeri yang penuh dengan kisah orang alim yang berjuang seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyong mungkin sudah menjadi sejarah.

Bandar Kuala Terengganu yang digelar ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air’ bukan lagi sebuah Bandar yang aman dan tenang sebagaimana mula dikenali 30 tahun lalu.

Semalam, dua hari menghampiri Syawal, ketika ramai umat Islam masih mengejar Lailatul-Qadar, ramai perantau, anak-anak Terengganu yang berhijrah ke luar mencari nafkah, pulang ke kampong halaman.

Agak memalukan, kepulangan anak-anak Perantau ke Bandaraya ini disambut dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Namun, kerana tidak ada pekerjaan lain mungkin, pondan-pondan yang sudah pupus suatu masa dulu, muncul kembali sekitar Jalan Tok Lam!! -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .