Siapa   perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat  kita  dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit  berjuta,  rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa  dekat raya  baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat  sedang  sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang  memandu  untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.
Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!
Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES  yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi  penyokong UMNO.Bagi pendokong  UMNO memang bersyukur dengan  segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud  syukur kot. Nak cari macammana  pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN  yang memerintah kini. Kalau  tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya:   "RON97 tidak lagi diberikan  subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara  terkawal, dengan harga  ditentukan oleh mekanisme harga automatik."  Hah... nasib ko le  Labuuu....
Bagi   rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN  dalam  pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan  PR di  Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje.  Tak  menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!



