Kalau Konvensyen UMNO Terengganu kali pertama hanya untuk menyelamatkan kepimpinan mereka yang berperang pun gagal. Apatah lagi ingin mendengar suara rakyat marhain dibawah. Amat sukar untuk dilaksanakan oleh UMNO-BN. Dengan ciri UMNO yang mempunyai 2 lidah dan 1 telinga itu menjadi sukar mendengar suara pimpinan pertengahan mereka sendiri. Kepimpinan mereka lebih suka membuat keputusan senyap-senyap dan memaksakan ianya dilaksanakan. Ahli bawahan hadir hanya untuk menadah telinga untuk di sogok oleh kepimpinan UMNO yang dikatakan bijak bistari.
Pas membudayakan ahli dan kepimpinannya dengan cara yang berbeza daripada UMNO-BN. Tanggung-jawab berkerja dijalan Allah adalah tanggung-jawab bersama. Masing-masing perlu melaksanakan fungsi masing-masing dan tanggung-jawab ini adalah ibadah dan pengorbanan. Salah satu caranya didalam kepimpinan Pas di Terengganu dalam memupuk amal perjuangan ini adalah dengan mengadakan ijtima Thanawi. Konvensyen kepimpina Pas Terengganu disemua peringkat secara tahunan.
Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 14 yang diadakan di Kg Tanjung, Batu Rakit menutup tirai petang semalam dengan jayanya. Sudah 14 kali ijtima’ atau Konvensyen yang diadakan oleh Pas Terengganu silih berganti antara daerah demi daerah. Setiap Pas kawasan menjadi tuan rumah secara bergilir.
Sebelum memerintah telah diadakan Ijtima ini untuk menghimpun kepimpinan peringkat negeri dan kepimpinan disemua peringkat hatta ke grass-root parti hingga ke peringkat cawangan. Masing-masing boleh menyuarakan pandangan, kritikan, komentar secara berdepan. Ia menjadi satu wadah bagi muhasabah Pas Terengganu pada tahun berkenaan dan dalam masa yang sama merangka gerak-kerja perjuangan ditahun mendatang.
Ijtima pertama diadakan di Rusila, marang dan satu pembentangan kertas kerja berkait Pusat khidmat dibentangkan. Sehingga kini semua Dun menggerakkan Pusat Khidmat demi menjadi pusat aktiviti dan berkhidmat untuk rakyat. Briged khidmat juga diwujudkan dibawah Lujnah Kebajikan Pas Terenganu.
Ketika Pas memerintah 1999-2004, Ijtima diadakan di Bari-Setiu, Bkt Keluang-Besut, Seberang takir-Kuala Terengganu. Ia nampaknya lebih terbuka dan penglibatannya menggamit rakyat Terengganu yang meluas. Bahkan Kerajaan Terengganu pimpinan Pas mengadakan dialog rakyat secara terbuka. Rakyat boleh meluahkan pandagan dan kritikan secara berdepan dengan pimpinan. Ketelusan kepimpinan Pas Terengganu itu tidak pernah dibuat oleh dek orang meskipun pejuang demokrasi dan yang mendakwa pejuang kebebasan suara rakyat. Tanpa rasa takut, malu atau bimbang kerana mereka yakin bahawa mereka memerintah dengan telus, amanh dan bertanggung-jawab. Sebab itu mereka sanggup berdepan dengan rakyat. Dialog bersama dengan pegawai dan kakitangan juga diadakan. Sehingga ke peringkat daerah-daerah.
Kesediaan Pas menjadi pendengar yang baik bagi rakyat menyalurkan pandangan dan rasa hati adalah saluran bagi melahirkan kebertanggung-jawaban bersama, rasa kekitaan bahkan berkongsi rasa amanah dengan kepimpinan Allah Swt terhadap manusia sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Kelemahannya kerana rakyat yang berada dibawah pemerintahan UMNO sekian lama dicengkam, ditutup mata dan telingga mereka, dilatih hanya untuk mendengar dan taat semata menyebabkan ketelusan kepimpinan Pas disalah-gunakan. Bahkan kekadang dipergunakan oleh UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas.
Selepas Umno kembali berkuasa, Ijtima ini diteruskan seperti biasa. Bahkan semasa Datuk Ahmad Said merasakan kerusi MB Terengganu terlalu panas, beliau terpaksa memberikan Dewan Berlian di Kemaman untuk Pas mengadakan ijtima’. Apa peduli dengan kontreversi. Ia hanya sekadar buih-buih yang menambah serinya ombak di pantai. Sekadar sementara. Tetapi matlamat Ijtima’ adalah untuk menghimpunkan semua tenaga kepimpinan disemua peringkat untuk digarap bagi meneruskan agenda perjuangan. Ucapan Presiden dalam membentangkan ucap-utama untuk diambil tindakan dan perjalanan yang merupakan perngarahan kerja secara langsung dnegan petugas parti. Kerja –kerja secara berterusan perlu dilakukan dalam rangka mengembeling public opinion dan membina imej kepimpinan dalam Pas kepada masyarakat bahawa Pas adalah alternative terbaik kepada UMNO dalam pru-13 nanti.
Dengan tema tahun ini “Demi kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad”, Pas mengharapkan agar komuniti setempat khususnya Dun batu Rakit dan Parlimen setiu bahkan umumnya negeri Terengganu akan turut bangkit untuk mempersadakan bersama gelombang rakyat bagi menggasak UMNO keluar dari Putrajaya.
Diharapkan hala tuju perjuangan ini akan digerakkan juga diperingkat pas kawasan hatta dun-dun maupun keperingkat cawangan-cawangan agar keterlibatan serta mengambil faham amal perjuangan ini merata kesetiap umbi masyarakat dan rakyat. Pas Terengganu mendidik dan mentarbiyyah ahlinya sama seperti kepimpinan pusat dengan sidang muktamarnya. Mendengar, membahas, berwacana, bertaaruf, mengukuhkan ukhuwwah serta berkongsi kekuatan bagi mengembelingkan perjuangan.
Sambutan mesyarakat amat membanggakan bagi ijtima ke 14 ini. Bermula dengan agenda masyarakat setempat dan program kepemudaan yang disertai semua lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan dalam ijtima kehadiran Dewan himpunan Penyokong Pas. Ucapan Dr Chandra yang mewakili DHPP yang menyokong dasar-dasar Pas dan sanggup bersama-sama dengan kepimpinan ulama dan matlamat mendaulatkan islam amat membanggakan. Apatah lagi disaat MIC dan MCA yang sudah teramat goyah dalam kepimpinan UMNO-BN. Dalam ceramah pelancaran yang membariskan Presiden Pas, MB Kedah YAB Datuk Seri Azizan dan juga Ketua DAPSY, YB Antony Loke telah menarik ribuan pendengar setempat khususnya dikalangan golongan muda. Ini menampakkan tanda-tanda jelas satu gelombang dan kebangkitan rakyat telah mula meresap bagi meneggelamkan keresahan rakyat akibat kepimpinan UMNO Terengganu yang bercelaru dan kehilangan arah. Hanya tarikh keramat PRU ke 13 sahaja yang dinantikan.
Penulis adalah TPJ III PAS Terengganu