Ikuti Blog ini

Negeri-negeri Pakatan Rakyat Catat FDI Tertinggi - Mukhriz


Maju ke hadapan" walau FDI junam 81% 2009

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir berkata, adalah tiba masanya Malaysia "maju ke hadapan" dari kejatuhan 81% dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2009.

Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Mukhriz mengakui laporan itu menunjukkan kejatuhan yang signifikan namun mempertahankannya dengan menyatakan ia juga melibatkan negara-negara lain di dunia, bukan sahaja Malaysia.

"Pengaliran keluar FDI adalah lebih signifikan tapi apa yang penting, apa yang berlaku selepas ini," kata Mukhriz, sebagai menjawab soalan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, kerajaan telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

Para pelabur tiada masalah

Beliau juga menolak dakwaan bahawa para pelabur asing enggan datang ke negara ini kerana sentimen perkauman yang meningkat sepertimana yang dinyatakan oleh Lim.

"Saya melihat para pelabur yang berkualiti dan bernilai tinggi datang ke negara kita. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa yang berlaku di negara ini berbanding dengan negara-negara lain.

"Mereka masih melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka," ujar beliau.

Namun demikian, Mukhriz mengakui bahawa jumlah DFI pada tahun ini semakin berkurangan pada tahun ini. Malaysia hanya mencatat FDI sebanyak RM9.6 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM22.1 bilion setahun penuh 2009.

"Sejumlah RM22.1 bilion FDI pada 2009 itu melibatkan sebanyak 390 projek pembuatan," katanya ketika menjawab Ahli Parlimen BN-Mukah, Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Mukhriz, juga memberitahu tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri. -FMT

Ya, perenggan terkahir tu jangan terlepas pandang nak baca. Ia pengakuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir sendiri bahawa negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat mencatatkan FDI tertinggi. Tahniah kepada MB/KM bagi negeri-negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Selama ini kerajaan UMNO BN, melalui kenyataan pemimpin-pemimpin sering mendakwa kononnya hanya merekalah yang pandai memerintah, mereka sahajalah yang membawa kebaikkan kepada rakyat. UMNO BN sedaya upaya ingin menggambarkan kepada rakyat kononnya Pakatan Rakyat hanya pandai membangkang tetapi tak pandai memerintah

Ternyata dan terbukti kini, hakikat yang sebenarnya, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat lebih bijak dan menarik perhatian pelabur. Para pelabur dapat melihat sendiri potensi dan yakin untuk melabur di negeri-negeri berkenaan

Mengenai Kelantan, isu sebenarnya ialah persepsi buruk yang telah ditanamkan oleh kerajaan pusat terhadap Kelantan di dalam misinya mencari pelaburan asing yang telah dilakukan berdekad lamanya semenjak era Tun Dr Mahathir lagi.

Semasa itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz, akan cuba menghalang kamsukan FDI ke Kelantan. Kelantan digambarkan sebagai negeri sengsara, negeri miskin, negeri termundur dan seumpamanya.

Tuhan Yang Maha Esa menterbalikkan kerjaya politik Rafidah Aziz akibat dari sikapnya itu. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .