Ikuti Blog ini
Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan" Dalam Sistem Demokrasi Negara ,Rabu, November 03, 2010 at 3.11.10,
KUALA LUMPUR, 3 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan sementara waktu selepas bekalan elektrik bangunan Parlimen terputus sebanyak dua kali pukul 12 tengahari tadi.
Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan.
Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar ketika ditemui media menjelaskan pihaknya juga sedang menyiasat punca kejadian tersebut.
Kejadian itu menyebabkan kesemua Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat bergelap dua kali selang beberapa saat.
Sehubungan itu, Dewan Rakyat berhenti bersidang sehingga punca masalah bekalan elektrik ke bangunan utama Parlimen itu diatasi.
Seperti ia petanda ada sesuatu "kegelapan" bakal berlaku di dalam sistem demokrasi negara. -GB