Ikuti Blog ini

Asakan jentera PAS dan Pakatan Rakyat semakin hebat !




Malam terakhir kempen. Sudah takdirnya, hujan lebat sedang turun sekarang. Jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat masih belum goyah menghentikan jadual kempen yg padat malam ini. Seluruh pelusok DUN Tenang kini sedang diredah biarpun tubuh basah kuyup. kegelapan malam bukan penghalang untuk pasukan penceramah untuk tiba di kawasan paling jauh dan terpencil seperti di Kg. Sawah Baru. Jalan yang sempit dan gelap menjadi cabaran buat kami.

Berbeza dengan kem BN yang dilihat sudah selesa dengan laporan kajian yg dimuntahkan dari analisa Ilham Centre yang menyatakan bahwa BN akan menang dengan majoriti 3 ribu undi. Hampir seluruh jentera BN kini dalam suasana kegembiraan. Kempen juga sudah dihentikan, apabila segala gula-gula sempurna dijajan Wanita dan Puteri ke setiap rumah. Blogger haprak UMNO meramai bersidai di kedai2 kopi dan kopitiam. Menyedup sakaret sambil mengepul asap memenuhi ruang santapan. Duit upah fitnah juga sudah siap dibahagi.

Biarkan luncai terus alpa sambil gelak gembira. Ilham Centre sudah kata, BN akan menang 3 ribu undi. Biarkan..biarkan..biarkan ! Biarkan mereka menikmati gembira malam ini, sambil bermain dengan air hujan.

Hey..itu hanya kajian. Tempur hakiki 'peperangan' ini hanya akan terjawab esok. Dan aku tahu, esok aku bakal melihat satu perubahan yg hebat akan berlaku di Tenang. Andai kita menang dengan 1 undi, itu jua akan dikira kemenangan buat Pakatan Rakyat dan Islam. Teruskan berdoa kepada sahabat sekelian yg mendokong islam dalam perjuangan, agar kemenangan tetap ampuh milik PAS dan Islam.

(*) Aku tetap percaya kepada kata hati bahawa kemenangan Normala diakhir peperangan ini akan menutup segala fitnah jahat BN di sini. Takbir !
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .