Ikuti Blog ini

Kerajaan Semakin Takut, Mahu Kawal Bahan Internet

NUJ bantah keras langkah kawal media Internet

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya itu.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknyna NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas
," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN. -mk


KDN kaji akta penerbitan kawal bahan Internet termasuk Facebook

PUTRAJAYA, 25 Jan — Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebihkomprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Selama ini akta berusia lebih dua dekad itu hanya mengawal selia penerbitan bahan-bahan cetak dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ini kali pertama peruntukan itu dikaji sejak dasar Koridor Raya Multimedia diperkenalkan pertengahan 1990-an.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

“Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan Anggota Lembaga Penapisan Filem, Anggota Jawatankuasa Rayuan serta anggota-anggota bersekutu, di sini hari ini.

Katanya pihaknya juga bercadang mengemaskini garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) penapisan filem, selari dengan teknologi memuat turun filem yang ada sekarang.

Mahmood berkata walaupun garis panduan sedia ada ditetapkan pada 2010 dan hanya digunakan kira-kira setahun, ia perlu diubah bagi memenuhi kepentingan rakyat.

“Pengubahsuaian garis panduan antaranya bertujuan memastikan kita mampu mengawal kemasukan filem melalui teknologi terkini seperti melalui pemacu pena.

“Ramai orang tidak lagi membawa masuk filem dalam bentuk cakera padat video (VCD) tetapi ia mungkin disembunyi dalam komputer. Kita perlu melihat dan mengatasi masalah ini,” katanya.

Mengenai kawalan bahan dalam laman YouTube, beliau berkata pihaknya bersama wakil dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap laman web tersebut.

Kan dah ramai blogger UMNO yang ditugaskan untuk menyerang PR. Pun masih tak berupaya lagi?

Blogger UMNO yang patut bantah kerana blog2 kamu yang akan disekat nanti sebab blog-blog anda yang banyak menyebar fitnah, menyiar gambar porno, mencarut dan sebagainya. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .