 Masaalahnya  disini, nampak sangat benarnya bahawa Ummi Hafilda ni memang ayam denak  ciptaan Umno menjelang PRU ke 13 nanti. Bagai benar apa yang dimomokkan  selama ini, Ummi Hafilda adalah umpan ciptaan Umno untuk menggoyahkan  pakatan pembangkang dalam menawan Putra Jaya.
Masaalahnya  disini, nampak sangat benarnya bahawa Ummi Hafilda ni memang ayam denak  ciptaan Umno menjelang PRU ke 13 nanti. Bagai benar apa yang dimomokkan  selama ini, Ummi Hafilda adalah umpan ciptaan Umno untuk menggoyahkan  pakatan pembangkang dalam menawan Putra Jaya.
Apa yang  dihairankan ialah bagaiman parti sebesar dan kononnya segagah Umno boleh  mempercayai Ummi Hafilda untuk memporak perandakan pakatan pembangkang?  Apa kah sudah ketandusan idea kah mereka sehingga sanggup mempergunakan  umpan yang sudah lupus hayat dimakan zaman sebagai senjata sulit  menekan pembangkang? Haha... Umno pasti akan kalah lebih teruk lagi  sekiranya Ummi Hafilda diangkat sebagai pembantu BN dalam menghalang  perjalanan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.
Dalam laporan Bernama disini,  Nazri telah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh  dengan menempelak Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebagai "bukan hakim"  untuk memutuskan samaada saman Ummi Hafilda terhadap Karpal, Anwar dan  lain lain boleh diteruskan atau tidak.
"Itu Karpal yang kata,  Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri  Mohamed Nazri Abdul Aziz, berhubung isu saman RM700 juta yang ingin  difailkan Ummi Hafida Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Nazri  berkata, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda  memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah  Pengerusi Kebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.
"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.
Shalehudin


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
