Ikuti Blog ini

Waktu Solat Malaysia – Untuk Handphone (free download)

Aku nak kongsi software Waktu Solat yang aku guna dalam handset aku. Dah lama jugak aku guna software ni, sejak versi tahun 2009 lagi kalau tak silap. Dah 2 minggu aku cari versi 2011, ni baru jumpa.

Software ni, akan automatik start bila masuk waktu dan akan bunyi azan (kalau kita setkan untuk penggera azan).

Software ni sesuai untuk handphone yang boleh guna java punya application, kebanyakkan handphone memang boleh guna java, kecuali la kalau handphone sezaman tigatigasekupang.

Yang bestnya, software versi 2011 ni ada lagi banyak senarai bandar dimasukkan. Kalau untuk versi 2010 tak banyak bandar, macam untuk negeri Perak cuma ada 9 bandar dan Parit buntar takdak dalam senarai tapi untuk versi 2011 ada 27 bandar termasuk Parit Buntar.

Berbanding versi 2010, versi 2011 ni paparkan jugak tarikh hijrah, memang satu keperluan untuk orang macam aku yang payah nak ingat tarikh hijrah.

Lagi satu dan yang paling penting sekali, software ni punya masuk waktu sama macam yang Jakim punya (kalau tak silap aku, depa memang guna data dari jakim.) Kalau guna software lain macam yang IslamicFinder atau yang Searchtruth keluarkan, masuk waktunya ada sikit lari dari yang jakim keluarkan, mungkin pasai kaedah pengiraan ada sikit lain.

Dan lagi satu dan yang terlebih-lebih penting lagi, software ni feeware, PERCUMA.

Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Mohamad Asrul Mustafar, Tg Afrizal Tg Ali, Mohd Azwan Abbas. dari Jabatan Sains Ukur & Geomatik, Universiti Teknologi MARA Perlis yang buat software ni. Semoga kehidupan hangpa sentiasa dirahmati.

Software tu boleh download kat sini


Sumber gambar: chromosome
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .