TGNA & Exco Kerajaan Kelantan sedia di pentas utama
Kesungguhan dan komitmen TGNA untuk bertemu dengan para bloggers di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur hadiah istimewa Kerajaan Negeri Kelantan atas peranan Bloggers & Twiter. Kehadiran para bloggers dalam majlis khas ini amat memberangsangkan. Ruang yang luas diberikan kepada kami para blogger untuk lebih dekat dengan TGNA dan barisan exco Kerajaan Negeri Kelantan yang boleh dikatakan ramai yang hadir bersama.
TGNA menyampaikan ucapan
Antara titipan dan pesanan ucapan TGNA buat bloggers berkaitan tentang peranan blogger yang menjadi pendakwah dunia era baru. Amanah yang diberi baik pemberita, baik dianya guru, baik dianya penulis atau baik dianya guna hujung jari. Kebijaksanaan menyampaikan kebenaran amat dituntut dalam Islam. Elakkan perbalahan sesama sendiri yang akhirnya memberikan kesan terhadap agama Islam. Para bloggers mesti bertanggungjawab dengan apa yang dilontarkan sendiri, dan seharusnya berteraskan kebenaran sumber dan mengambarkan hakikat Islam terus difahami bersama dengan masyarakat bukan Islam.
Bloggers bergambar bersama TGNA & Exco Kerajaan Kelantan
Para bloggers diberi peluang berdialog terus dengan TGNA selaku MB Kelantan dan juga barisan exco yang hadir. Antara yang bertanya adalah blogger dari TBO Telok Bakong Online, Abunawas, AMK Kawasan Batu, Penyajak & penulis Veteran dan sebagainya. Setiap persoalan dijawab kemas oleh TGNA sendiri, Dr. Mohamed Fadli selaku Pengerusi Jk Penerangan, Pembangunan Maklumat Kelantan, Dato' Hj Takiyuddin & Dato Hj Husam Musa.
Blogger TBO mengutarakan persoalan...
Beberapa isu dibangkitkan. Sensetif atau pun tidak ianya menjadi penguat dan ketelusan dapat dijelmakan bersama ahli blogger yang hadir. Majlis seumpama ini amat berguna demi memperkukuhkan ukhuwah sesama bloggers sambil saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Tahniah , syabas dan terima kasih kepada Barisan Urusetia program yang mengizinkan kami hadir mengikuti majlis tersebut. Moga usaha sebegini akan dapat meningkatkan semula semangat penulis2 bloggers dan FB untuk seiring dengan tuntutan dakwah bagi memenangi syiar Islam ketempat selayaknya.