Tidak ramai rakyat yang sedar apa yang telah dan sedang berlaku nun di puncak kuasa Bukit Aman. Rupa-rupanya peralihan kuasa daripada Musa Hassan kepada penggantinya, Ismail Omar, yang pernah dicercanya sebagai 'pegawai polis bodoh, tak tau apa-apa', turut merobah keseluruhan cawangan elit PDRM, D7 - Cawangan Jenayah Berat, Maksiat dan Kongsi Gelap.
Segala-gala ini telah diatur oleh Sindiket 1Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Ta Kin Ya. Kin Ya yang merupakan rakan niaga Norian Mai memainkan peranan penting menaikkan Ismail Omar di kedudukannya sekarang.
Sebagai balasan, Ismail Omar dikehendaki menukarkan keseluruhan - en bloc / kesemua sekali gus - Cawangan D7 - daripada Bukit Aman hinggalah ke kesemua Cawangan D7 di 14 Kontinjen-kontinjen Negeri. Ini bagi mempastikan muka-muka baru yang mengambil-alih Cawangan D7 adalah mesra kepada kegiatan rangkaian kongsi gelap yang diketuai Kin Ya.
Ikuti sedikit ulasan yang disediakan oleh Penarik Beca yang mengulas mengenai siapa yang nak londehkan siapa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ops Tukar D7, sila baca daripada pautan Malaysia Today yang disertakan:
Musa bogelkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!
Mula-mula, saya ghairah membaca "The warlords and the de facto IGP" yang disiarkan Malaysia Today hari ini. Baca punya baca, saya terasa macam ada orang di belakang artikel itu. Saya rasa macam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tapi tak berani la nak tuduh dia. Nak tuduh lagu mana, tak ada bukti.
Memang, Musa dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Watak-watak seperti BK Tan dan Tengku Goh dikaitkan dengannya. Pemangsaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusoff juga dikaitkan dengannya.
Saya masuk lokap kerana bubuh logo kepala anjing yang saya copy paste dari tempat lain juga amat berkait rapat dengan rasa tidak puas hati terhadap Musa yang begitu dikaitkan dengan dunia jenayah. Saya tidak benci semua polis. Tapi, takkan nak duduk diam jika pelbagai cerita disiarkan tentang hubungan ketua polis dan dunia jenayah. Si ketua polis pula buat bodoh ja dan tak mahu membersihkan namanya.
Saya dah sebut masa saya ditangkap, saya benci polis jahat ja. Polis baik pula, berdosa kalau saya benci.
Balik kepada artikel tu. Katakanlah benar Musa di belakang artikel itu untuk melepaskan apa yang didakwa sebagai dendamnya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Adakah kita akan kata, ah tak betullah, Musa di belakang artikel itu. Nak kata gitu?
Benarkah semua yang ditulis dalam artikel itu tak betul semuanya? Sama seperti kebanyakan orang lain, saya tak tahu.
Tetapi yang pasti rasanya, Hishammuddin dan pak yet-pak yetnya tidak akan berdiam diri. Kalau dia pun terasa Musa yang bogelkan dia, mungkin dia akan londehkan Musa pula.
Hishammuddin memang kelihatan menjadi belasahan pelbagai pihak. Ada orang kata, bukan Musa sahaja yang tak puas dengannya. Budak-budak Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak henti-henti serang Naib Presiden Umno itu - dengan intensity yang sama seperti mereka bela Tan Sri Tajuddin Ramli.
Sebut fasal Tajuddin, teringat pula waktu makan tengah hari tadi, seseorang yang dulunya dikenali sebagai Daim boys memberitahu saya, "Actually, they are protecting Mahathir, not Tajuddin". Saya tak nak kacau orang yang dah pencen. Lagi pun, banyak sumber melaporkan, termasuk seorang bekas menteri kanan, bahawa Dr Mahathir kini merasa amat jengkel dan sakit hati sangat terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.