Ikuti Blog ini

Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang TG Nik Aziz

Lagi pemimpin Umno 'serang' TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Katanya, kecenderungan TG Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk


Dakwa BN guna taktik kotor

KOTA BHARU – Biarpun akur dengan keputusan di Kerdau dan Melimau, Pas dakwa kekalahan kedua-dua calonnya itu disebabkan Barisan Nasional (BN) guna agensi kerajaan untuk berkempen.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak halalkan kemenangan itu kerana jentera kerajaan termasuk media perdana bersikap berat sebelah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) itu disifatkannya berat sebelah.

Mereka lihat demokrasi dipraktikkan di negara ini tidak sama seperti yang mereka pelajari. Ini menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Sebagai pemimpin Pas, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang salahguna kuasa, saya tak halal dunia akhirat,” katanya.

Nik Aziz berkata, pelbagai bentuk tekanan berlaku sehingga ada ahli Pas masuk UMNO dalam sekelip mata sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi sebenar.

“Mereka menang tu menanglah, tapi biarlah ‘gentleman’. Macamana boleh Pas melawan kerajaan. Macam mana tak kalah, Pas lawan kerajaan. Saya mewakili pejuang Islam tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa ini.

“Apa tidaknya, kemajuan atau pembangunan di negara ini seakan hanya boleh dilihat bila ada kematian wakil rakyat, kita mesti adil bukan kerana demokrasi tapi kerana Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengingatkan kerajaan bahawa tindakan yang dilakukan BN itu seperti ‘bom jangka’ yang boleh meletus bila-bila masa. -SH

Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah).

Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan.

Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN.

Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya. -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .