Ikuti Blog ini

Bila kepentingan politik atasi kepentingan Umat Islam

Apakah Najib Razak mengutamakan kepentingan politiknya dan kerajaan BN apabila memberi kebenaran melepaskan tahanan Bible bahasa Melayu?

Apakah kerana pilihanraya Sarawak yang terpaksa diumumkan dalam masa terdekat ini telah memaksakan Najib bertindak sedemikian.

Apakah Najib lupa akan keputusan kabinet pada Mei 1986 yang mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah – dan ini termasuk Bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu yang mengandungi perkataan-perkataan yang diharamkan tersebut?

Apakah Najib tidak tahu bahawa pihak gereja telah pun bersorak besar dengan kemenangan mereka yang berjaya menarik orang-orang Melayu murtad hasil dari taktik licik gereja menggunakan bahasa Melayu dalam terjemahan kalimah-kalimah sensitif? Baca laporannya di sini (klik – Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?)

Malaysiakini pun turut JAHAT dalam laporan mereka (Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik):

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Malayskini mengatakan pelbagai pihak membidas tindakan KDN. Pelbagai pihak tersebut mungkin beberapa kerat sahaja. Walhal pihak-pihak yang menyokong tindakan KDN menahan Bible tersebut jauh lebih ramai cuma tidak dihebohkan. Malah kini LEBIH RAMAI lagi pihak yang bangkit dan akan bangkit menentang tindakan semberono Najib melepaskan penahanan Bible Melayu ini.

Tindakan Najib ini turut dilihat sebagai subjudice dan menghina mahkamah kerana kes “kalimah Allah” masih dalam peringkat rayuan di mahkamah. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata:

“Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan”

Insha Allah umat Islam menerusi pelbagai NGO akan meneruskan bantahan keputusan terbaru PM Najib ini yang nyata dan jelas telah MELUKAKAN hati umat Islam di Tanah Air ini.

Sekian, IB

NOTA: IB tidak mengguna perkatan Injil sebaliknya mengguna Bible. Itu perkataan yang sewajarnya. Injil yang asli menerima kedatangan Rasulullah s.a.w. Penghulu segala nabi.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .