Video seks: Wartawan Harakah pula difitnah
Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, beliau menyatakan 'muka individu itu adalah serupa dengan Anwar'. Namun selepas melihat susuk tubuhnya, perut yang buncit meyakinkan beliau bahawa individu itu bukanlah Anwar.
Beliau menjawab demikian ekoran dakwaan Papa Gomo yang menuduh beliau ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar dalam satu pertemuan di sebuah restoran malam tadi.
"Dalam Rbf ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restroan di Jalan Yap Kuan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja, saya pulang ke rumah di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia Satu fitnah," katanya.
Beliau menyatakan, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen dan melaporkan kepada Saifuddin tentang fitnah itu.
Beliau sendiri mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan beliau ada menyatakan kepada Anwar keyakinannya.
Wan Nordin juga menyatakan, beliau ada melihat video tersebut kononnya wajah Anwar, tetapi apabila dilihat kepada susuk tubuh sebenarnya sangat jauh berbeza kerana perut yang buncit.
Beliau menerangkan, pada awalnya beliau tidak tahu tentang tayangan video berkenaan kerana hanya mendapat jemputan kononnya ada 'sidang media khas' oleh seorang wartawan akhbar arus perdana.
Beberapa kali beliau cuba bertanya apa intipati sidang itu, namun wartawan yang menjemputnya itu enggan memberitahu.
Sehinggalah beliau ke loaksi, Carcosa Sri Negara dan dibawa naik ke suatu bilik yang beliau sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Hinggakan kata beliau, barangan peribadinya termasuk telefon bimbit, pen, perakam dan buku catatan diambil oleh orang yang tidak dikenali untuk disimpan sementara bagi masuk ke bilik sidang media.
Selepas duduk di dalam bilik itu, barulah beliau tahu adanya tayangan tersebut, dan akibat ketakutan dan atas dasar keselamatan beliau enggan bertindak semasa dalam bilik dan hanya menurut kehendak pengajur sahaja.
Sebelum ini Harakahdaily telah melaporkan penjelasan dari Wan Nordin barhubung bagaimana beliau dijemput ke satu sidang media yang kemudiannya bertukar kepada tanyangan video seks.
"Fitnah" boleh mengena sesiapa saja. Wan Nordin atau sesiapa juga yang beragama Islam tidak sepatutnya berada di sana, tetapi malang bagi wartawan Harakah itu, terperangkap, dan "ter"tonton (jika boleh digunakan istilah sedemikian) video lucah tersebut.
Adalah lebih selamat jika wartawan berkenaan sekalipun sudah masuk ke bilik berkenaan, tidak lansung menghiraukan tayangan berkenaan seperti memandang e arah lain dan tidak mengulas apa-apa pun mengenainya. Jika ada pertanyaan juga, maka kita berlepas tangan dengan menyatakan dengan tegas, saya tidak menontonnya kerana ia haram untuk kita.
Ia menjadi pengajaran untuk golongan mukmin - supaya tidak terjebak dalam apa yang diistilahkan "syubhat" dan agar tidak ditimpa fitnah berkenaan.
Memang kita ini lemah, maka dengan sebab itu Allah menganjurkan sekalipun terhadap orang beriman, supaya bermohon ampun kepada Allah, kerana syaitan itu sentiasa ada sepanjang perjalanan kita untuk menggelincirkan kita supaya terheret bersama dengan mereka.
Semuga Allah swt menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah yang kini nampaknya semakin bermaharajalela dan menghukum si pemfitnah itu dengan hukumanNya di dunia dan di akhirat sepertimana yang dijanjikanNya di dalam Al-Qur'an
Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)
*Nota: Bagi yang terkena fitnah, ayat di atas dibaca berulang-ulang kali supaya terselamat dari fitnah berpanjangan dan supaya si pemfitnah dihukum Allah serta-merta. InsyaAllah. -GB