Ikuti Blog ini

Kerdau: Peratus keluar mengundi atasi rekod 2008

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

NONEDi Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim (kiri) berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

NONEHassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim (kanan) akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

azlanDi Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung. -M'kini

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .