Video seks umpan BN beli MP Pakatan'
BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.
Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.
Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.
Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.
Johari juga berkata Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.
Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.
Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.
Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.
Dalam sidang akhbar bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya, Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).
Bagaimanapun, katanya, walaupun selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang, tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir. -mk
Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.
Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t.
Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan.
Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.
Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.
Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.
Firman Allah:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)
“Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (al-`Ankabut: 39-40)
Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.
Begitu juga nama-nama seperti Datuk Wan Ahmad Wan Omar dari SPR, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Ismail Omar, Mohd Shukri Abdull, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah - sekadar menyebut beberapa nama dari sekalian ramai yang menjadi kuda-kuda tunggangan pemerintah zalim UMNO - akan tetap menerima kehancuran - selagi mereka terus berlaku zalim dan kejam bersekongkol dengan pemerintah yang zalim lagi kejam itu.
Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil.-GB