Ikuti Blog ini

TRIO JAHANAM



Berkat doa ramai pihak kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya menunjukkan dalang video seks yang mengaitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, maka terserlahlah Trio Jahanam yang terdiri daripada Shazryl Eskay Abdullah, Rahim Tamby Chik, dan Shuaib Lazim.

Dua daripadanya muncul untuk membuat kenyataan akhbar. Shazryl mengaku dia ada dalam video itu. Rahim mahu sebuah suruhanjaya di-raja ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan kandungan vidoe itu. Namun, semua orang tahu dia berdendam dengan Anwar. Kesnya dia dipaksa Anwar melepaskan jawatan kerana dituduh merogol budak perempuan bawah umur. Harus diingat bahawa dia dilepaskan kerana tidak cukup bukti.

Ada pihak yang mendakwa Shazryl buat kerja tu untuk dapat upah bawa Ahli Parlimen PKR masuk UMNO. Shuaib sememangnya dikenali sebagai kawan Anwar. Mengapa dia bersekongkol dengan dua malaun tu? Mungkin tak lama lagi kita tahulah rahsia bapa mentua Shafie Afdal ini?

Walau apa-apa pun, sahlah bahawa kerja laknat ini dilakukan oleh UMNO. Tujuannya hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar di mata rakyat Malaysia. Hajat busuk itu bukan sahaja terkantoi malahan juga menambah lagi kebusukan UMNO yang telah busuk hingga ke ususnya itu.

Trio jahanam ini perlu diadili dengan segera. Rakyat tidak mahu melihat petualang yang bermaharajalela ini lepas bebas begitu saja. Semakin hari semakin banyak kerja terkutuk UMNO terdedah kepada umum. Jika hingga tahap ini pun rakyat masih mahu mengekalkan UMNO sebagai pemerintah negara ini, tak tahulah sampai ke mana tunggang-langgangnya bumi Malaysia yang tercinta ini.

Rakyatlah yang mampu mengubahnya. Dengan keberanian yang dianugerahi Alllah, UMNO boleh disungkurkan. Kita mulakan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10 Sarawak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .