Wan Azizah tiada hasrat tonton video seks
Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).
“Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.
“Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram,” kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.
Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang sms mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.
“Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram.”
Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya.
"Saya mengesahkan turut berada dalam video itu... saya akan berikan maklumat kepada polis... saya akan ceritakan secara keseluruhan mengenai video itu... saya jamin video itu tidak akan tersebar kerana ia hanya berada di tangan saya,” katanya.
Beliau juga mendakwa dihubungi lelaki yang mengaku rakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kelmarin yang mahu mengambil video berkenaan untuk memastikan kesahihannya. petikan Berita Harian
Memang dasyat konspirasi ini.
Mereka mengangap semua orang adalah seperti mereka: berminat dan suka kepada video dan bahan lucah.
Menonton, memiliki, menyimpan apatah lagi membikin video lucah bukan sahaja menyalahi undang-undang malahan haram dari segi hukum agama, golongan ini lansung tidak takut lagi kepada Tuhan. -GB