Ikuti Blog ini

Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Semasa Program Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah 'UMNO'

SHAH ALAM, 29 Mac - Biar pun kontroversi isu "video lucah" yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sedang hangat diperkatakan, namun ribuan rakyat telah hadir beramai-ramai untuk terus memberikan sokongan padu kepada beliau malam tadi. Satu Majlis Solat Hajat Dan Pidato Khas Menangkis Fitnah "UMNO" telah diadakan di Stadium Melawati dekat sini malam tadi.

Ramai pemimpin pembangkang telah hadir serta memberi sokongan kepada beliau malam tadi termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Dalam ucapannya Anwar beberapa kali menyatakan beliau cuba difitnah sekali lagi oleh pemimpin UMNO, selepas melihat kes-kes terdahulu tidak menyakinkan rakyat secara keseluruhannya. Maka, kes video seks tersebut diterbitkan bagi menjatuhkan serta mengaibkan dirinya. Namun, rakyat diminta tidak sesekali terpedaya dan terpengaruh dengan isu ini, kerana ia jelas berniat jahat dan dilakukan oleh manusia yang berdendam kepadanya.

Justeru itu rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan prinsip perjuangan dan tidak terkeliru dengan agenda yang dimainkan. Kezaliman yang berlaku wajar dihentikan katakanya, kerana kini UMNO merasa mereka dilindungi oleh undang-undang. Akhirnya lahirlah pemimpin yang zalim dan menggunakan kuasa untuk menindas rakyat itu sebenarnya. Sila lihat video sedutan ucapan Anwar:- PahangDaily


Bukti, ribuan rakyat telah hadir dalam program ceramah malam tadi

Rakyat terpaku mendengar ceramah daripada para pemimpin mereka



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .