 SHAH  ALAM : Arahan khusus Pejabat Perdana Menteri agar media arus  perdana terutama Utusan Malaysia menghentam tawaran 100 hari Pakatan  Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga mengambarkan kebimbangan  kerajaan pemerintah berada pada tahap yang serius.
SHAH  ALAM : Arahan khusus Pejabat Perdana Menteri agar media arus  perdana terutama Utusan Malaysia menghentam tawaran 100 hari Pakatan  Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga mengambarkan kebimbangan  kerajaan pemerintah berada pada tahap yang serius.    
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Tian Chua berkata kerajaan Najib Razak hanya mampu mengkritik dan  memburuk- burukkan tawaran Pakatan Rakyat, melalui media kawalannya dan  bukannya menawarkan dasar yang jauh lebih baik dari gagasan itu.
"Mereka  lari daripada membincangkan isu dasar, kehadiran 'Buku Jingga' kami  meletakan dasar yang akan membawa tranformasi besar, dan UMNO-Bn tidak  lagi mampu untuk keluarkan satu dasar sebagai pembandingan menandingi  'Buku Jingga', walaubagaimanapun rakyat yang akan menilai," katanya.
Portal  berita Malaysiakini melaporkan Pejabat Perdana Menteri didakwa memberi  arahan khas kepada akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN), Utusan  Malaysia untuk menghentam Buku Jingga.
Arahan itu dikesan melalui  nota seorang wartawan kanan  kepada pengarang dan pembantu pengarang  berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu  pada 21 Mac lalu. Sehubungan  itu, semua akhbar diminta mendapatkan komen pelbagai pihak antaranya  pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi  menyokong kenyataan Najib itu.
Sehubungan  itu, semua akhbar diminta mendapatkan komen pelbagai pihak antaranya  pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi  menyokong kenyataan Najib itu.
Mengluas situasi ini, Ahli  Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata ternyata kewujudan Buku Jingga  Pakatan Rakyat amat meresahkan UMNO BN, lantaran terpaksa mengumpul  segala jentera bagi menenggelamkan relevannya tawaran gagasan itu.
"Bukti  sememangnya utusan media yang dikuasai dan digunakan untuk kepentingan  UMNO, arahan untuk membawa artikel-artikel tertentu dalam usaha  memburukan Pakatan Rakyat," katanya.
Khlaid berkata, meskipun  Najib dan pengikutnya seringkali memperlekehkan Buku Jingga, hakikatnya  mereka memperakui kekuatan buku itu.
"Ianya juga bukti walaupun  mereka rasa bahawa 'Buku Jingga' ini lekeh, dan dimain-mainkan, tetapi  hakikatnya ia merupakan suatu perkara yang cukup dikhuatiri kerana takut  dasar yang dibawa ini akan mendapat sokongan rakyat, atau menghasilkan  sokongan untuk Pakatan Rakyat, ini adalah sebab kenapa mereka minta  'Buku Jingga' dijadikan sasaran utama pihak media, kerana mereka tahu,  ini adalah bahan pilihanraya paling utama," ujarnya lagi.
Buku  Jingga adalah dasar bersama yang dipersetujui PAS, DAP dan PKR, yang  bakal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan  Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.
Oleh Naem Raffi - TVSelangor News


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
