GOMBAK,  14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata  Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia  daripada kongkongan Umno.
Beliau  mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan  asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di  tanah air.
Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.
"Masa  Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan  untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu  dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang  Melayu ketika itu.
"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.
"Saya  memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya  bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak  50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar  Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu  dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini  malam tadi.
Ia  merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu  di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.
Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.
Pemecatan  itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan  mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan  editorial Utusan.
Hata  berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di  akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga  nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut  tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi  diri saya.
"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS. Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Melayu",katanya.
Menceritakan  kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi  dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk  memporak-perandakan Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.
"Agenda  yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk  bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti  Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk  Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.
Hata  yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga  mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang  disifatkan sebagai "membahayakan".
"Apa  yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila  mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan  adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan  mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.
Sokong Pakatan Rakyat
Sementara  itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak  terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.
"Bagi  saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak  terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin  memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.
Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.
"Utusan  hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan  saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.
"Saya  tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi  lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali  lagi disambut gelak ketawa hadirin.
Hata  dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa  Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam  mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.
Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat. -Hrkh



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
