KUALA NERUS - Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob menolak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS sebaliknya akan membuat keputusan saat akhir berkaitan pencalonannya bagi jawatan Naib Presiden.
Beliau yang bukan dari 'aliran agama' merendah diri, mengakui tugas Timbalan Presiden PAS adalah suatu tanggungjawab yang berat dengan membuat kiasan, 'jubah saya tak cukup besar' untuk jawatan itu
"Saya dah membuat kenyataan dalam majlis makan malam (bersama Pemuda Kuala Nerus) untuk Timbalan (Presiden) saya dah beri satu kenyataan saya tidak layak untuk ke jawatan itu, dan saya 'jubah saya tak cukup besar' untuk jawatan itu,
"ada orang lain yang lebih berkelayakkan yang lebih mampu untuk mejalankan tanggungjawab yang besar itu,"jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Isu Semasa di Kampung Duyung Seberang Takir, dekat sini, semalam, 25 Mei.
Menurutnya, samada beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden atau tidak, akan diumumkannnya pada petang ini, 26 Mei.
Beliau mengambil keputusan demikian kerana katanya adalah penting kepada beliau melihat pencalonan yang datang dari kawasan-kawasan dari seluruh negara.
"penting untuk saya melihat pencalonan yang sekiranya menggambarkan satu angka yang kawasan-kawan seluruh negara yakin dengan keupayaan saya (sebagai Naib Presiden) selama dua tahun,
"maka, InsyaAllah saya mempertimbangkan untuk terima jawatan tersebut, kerana penting bagi saya (sebagai) penyandang, untuk membuktikan keupayaan saya,"tegasnya.
Oleh itu, katanya, samada beliau meminta semua pihak menunggu pengumuman Pengerusi Pemilihan PAS, samada belia akan mempertahankan kedudukannya itu.
Apabila ditanya bukankah keputusannya menunggu saat akhir bagi membuat keputusan adalah suatu keputusan yang agak lambat, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tarikh akhir bagi mengesahkan pencalonan tersebut adalah pada 26 Mei. -BO