Ikuti Blog ini

Mat Said bakal jadi DJ Manis FM??

Pada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita ‘pelik’ diperolehi.

Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain.

Dan berkebetulan pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar “arus perdana” itu adalah terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang ‘kuat’ Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu.

Awang diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang suatu perangai ‘pelik’ Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Kata mereka (kawan) MB ‘Mat Said’ buat kerja “GILA”. Kata mereka (kawan) mungkin masa depan untuk ‘Mat Said’ kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu sudah berada dipenghujungnya.

Rakan kepada kawan Awang itu, memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu ‘Mat Said’ dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya.

Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang “ANTI Mat Said”, yang “MELUAT” dengan perangai Mat Said terkejut “BERUK” apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah “membeli” stesen radio Manis FM.

Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang ‘terkilan’ apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU.

Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, “Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta”, ujarnya.

Apakah dengan keputusan peribadi Mat Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco.

Dalam keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup “BERBELANJA LEBIH”.

Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi “DJ” untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..???

Jika Mat Said menjadi “DJ Manis FM” sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja ‘memfitnah’ menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

Jadi di manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi ‘mangsanya’ Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Di SINI… Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut?

TAN SRI DATO’ HJ. HUSEIN AHMAD yang juga ‘Orang Kuat Umno’ ialah insan di belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran.

Suatu ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium hiburan dan maklumat.

Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

''Hubungan yang rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr. Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan.

''Komunikasi dua hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio rakaman kerana disiarkan secara langsung," ujarnya.

Dan berbalik kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN.

Bahkan, cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap ‘orang atasan’ bahawa Jamaah Istana sudah ‘reject’nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan.

Mereka adalah Dato’ Mohamed Awang Tera, Dato’ Seri Ahmad Said, Dato’ Ahmad Sabry Chik, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri, Dato’ Abdul Rahin Said, Dato’ Jailani, Dato’ Wan Farid Dato’ Wan Salleh, Dato’ Din Adam.

Dikatakan juga dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .