 Beberapa  hari yang lalu Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata harga minyak RON 95 tidak akan  dinaikkan buat masa ini. Namun hari ini lain pula nada  percakapannya. Ayah seorang penyanyi ini berkata rakyat perlu bersedia  dengan sebarang kemungkinan harga RON 95 akan naik.
Beberapa  hari yang lalu Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata harga minyak RON 95 tidak akan  dinaikkan buat masa ini. Namun hari ini lain pula nada  percakapannya. Ayah seorang penyanyi ini berkata rakyat perlu bersedia  dengan sebarang kemungkinan harga RON 95 akan naik.Inilah  sifat kaki pembelit cakap berbelit-belit, mengalahkan pelawak sarkas.  Bagi kita kalau kerajaan sudah tidak sanggup sila berikan mandat kepada  PR. Tidak perlulah cakap berbelit-belit semata-mata untuk memperdaya dan  menipu rakyat yang sedang dalam kesengsaraan sekarang.
Tiba-tiba hari ini Si Mail ini berkata bahawa rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.
Tanpa rasa malu dan bersalah  (cakap berbelit-belit), Mail berkata rakyat perlu bersedia dan dia tidak  mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi  akhirnya naik juga. Katanya di Putra Jaya semalam yang dipetik dari  Bernama.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
