Ikuti Blog ini

Simulasi Pilihan Raya Olok-olok : Tak Jejas PR



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti yang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini tidak akan mempengaruhi mana-mana parti Pakatan Rakyat.

Malah, katanya setiap parti politik berhak untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya serta membuat persediaan bagi menghadapi situasi sebenar.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

"Nama pun olok-olok, keputusan pun boleh jadi olok-olok juga dan kita tidak boleh terpengaruh dengan keputusan itu kerana ia hak mana-mana parti untuk mengadakan latihan dan kita juga ada kegiatan kita sendiri...segala keputusan terpulang pada parti masing-masing." katanya selepas menziarahi mangsa tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat di Hospital Ampang, semalam sebelum bertemu keluarga mangsa di sekitar Dusun Tua.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai perkara biasa yang hanya mahu melatih jentera partinya.

Kelmarin, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan simulasi pilihan raya 'olok-olok' akan dibuat pertengahan tahun ini.

Perdana Menteri Najib Razak berkata, semua pemimpin partinya akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .