Ikuti Blog ini

Kempen BERSIH 2 - Pakai baju kuning setiap sabtu



Sempena dengan demonstrasi BERSIH 2 yang akan diadakan kurang 33 hari saja lagi, aku nak cadangkan kita semarakkan dengan KEMPEN PAKAI BAJU KUNING SETIAP SABTU.

Kempen ni pernah dilancarkan lama dulu pada 13 November 2007, dua hari selepas kejayaan perarakan BERSIH yang pertama dulu. Aku yakin kempen macam ni akan bagi lebih semangat untuk orang ramai turut serta dalam demo BERSIH II nanti.

Elok sangat kalau kaki demonstrasi boleh pakai baju kuning, lagi baik kalau pakai baju berlogo BERSIH dan lagi baik kalau boleh pakai baju t-shirt BERSIH yang ada tertulis tuntutan bersih kat belah belakang tu.

Lagi cantik kalau kita boleh pakai baju tu sambil mengelewaq rata tempat-tempat tumpuan orang ramai macam stesyen bas, pasar, pusat membeli belah, pasar malam dan sebagainya.

Aku yakin, kalau hangpa buat macam tu, tentu akan ada yang tersenyum tengok hangpa sambil angkat ibu jari. Aku mula pakai baju kuning BERSIH tu setiap Sabtu dah dekat sebulan, memang sentiasa ada yang senyum tengok aku, sampai ada masa aku heran pasai apa depa senyum, aku terlupa yang aku pakai baju BERSIH.

Lagi cantik kalau Pemuda boleh buat program setiap Sabtu, turun ke tempat tumpuan orang ramai pakai baju BERSIH sambil edar risalah. Kalau ramai yang pakai mungkin tak rasa segan sangat.

Sebagai ingatan, cuma ada 4 kali Sabtu saja lagi sebelum 9 Julai tu. Makanya elok sangat kalau boleh mula Sabtu ni.

Cantik jugak kalau Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru merangkap Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi Pas, boleh buat pelancaran kempen ni Sabtu depan. Ada sapa-sapa yang rapat dengan Bang Mat Sabu boleh usulkan kat dia?
Cenangau Daunkari
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .