Ikuti Blog ini

Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno



IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program ‘PAS Ganti Umno’ menakutkan dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri.

Sehubungan itu, setiausahanya, Salman Saleh merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran program besar PAS negeri yang bertemakan ‘PAS ganti Umno’ di dua lokasi yang terlibat iaitu Zon Utara di Padang Rengas pada 15 Mei yang lalu dan pada 29 Mei, Zon Selatan di Pasir Salak di dalam usaha mengumpulkan seluruh petugas parti bagi tujuan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti.

“Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka.

“Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN.

Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program ‘PAS ganti Umno’ ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .