Ikuti Blog ini

Perarakan Aman Bantah Projek Lynas, Pihak Polis Di Jadikan Kambing Hitam MB Pahang Agar Terus Menghalang 'Kebangkitan Suara Rakyat' Kuantan

KUANTAN, 26 Jun - Program perhimpunan aman bantah Lynas yang diadakan hari ini telah berjaya juga diadakan, biar pun mendapat berbagai tekanan daripada pihak polis. Program pertama iaitu "Perarakan Bersatu" anjuran NGO Save Malaysia telah diadakan awal pagi bertempat di Bukit Pelindung. Orang ramai telah berhimpun sebelum jam 7.00 pagi lagi untuk bersama-sama Save Malaysia berjalan menaiki bukit tersebut. Mereka berpakaian T-Shirt hitam "Stop Lynas" dan membawa berbagai sepanduk tanda bantahan terhadap program tersebut. Menurut wakil Save Malaysia yang ditemui, program sepatutnya dijalankan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, dimana peserta akan berarak beramai-ramai melalui Jalan Pasar, Jalan Tun Ismail, Jalan Bukit Sekilau, jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium.

Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak polis, akhirnya lokasi dipindahkan ke Bukit Pelindung. Ia bagi tidak menyusahkan semua pihak termasuk mereka yang membawa ahli keluarga untuk bersama dalam program tersebut. Namun, anehnya dimaklumkan biar pun mendapat nasihat dan pandangan polis agar ia dipindahkan tetapi pihak polis masih terus memberi tekanan keterlaluan kepada peserta himpunan.

Malah, lebih mendukacitakan mereka mengarahkan polis trafik supaya menyaman kendereaan-kenderaan yang diletakkan disepanjang jalan masuk ke Bukit Pelindung. Tindakan ini sungguh tidak wajar kerana kenderaan terbabit tidaklah menghalang lalulintas sebenarnya. Mungkin dek kerana arahan pihak atasan, maka ia dilakukan biar pun hari ini ialah hari cuti hujung minggu. Program turut disertai NGO lain termasuk Bar Comittee Pahang dan para mahasiswa IPT.



Bantahan Lynas terus bergema biar pun berbagai rintangan kini dihadapi

Semuanya bersemangat untuk sama-sama meneruskan bantahan Lynas

Peserta kibarkan bendera Malaysia tanda cinta dan sayang kepada negara

AJK Save Malaysia membawa tabung sumbangan perjuangan bantah Lynas

Team Bar Comittee of Pahang dan peserta yang berbasikal juga turut hadir

Rakyat berbagai kaum dan agama terus bangkit menolak Lynas di Kuantan

Mahasiswa serta pemimpin agama juga hadir bagi membantah projek Lynas


YB Fuziah tandatangani kain rentang bantah Lynas yang turut disediakan

Ribuan rakyat membantah Lynas sambil berarak mendaki Bukit Pelindung

Terbukti, bantahan Lynas bukan sahaja dipelopori kaum Cina sebenarnya

Kumpulan berbasikal juga turut serta memeriahkan lagi kempen bantahan

Kecil besar danyang tua muda semua bersama menyokong bantahan Lynas

Segak bergaya, tetapi terkadang polis tidak perlu seteruk ini tugas mereka

Polis trafik sibuk menyaman kereta yang diletakkan di kawasan tersebut

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur pula terdapat berpuluh-puluh orang anggota polis berbagai unit seperti FRU, Trafik, Cawangan Khas termasuk Unit Anjing Pengesan ditempatkan di situ. Polis mengadakan sekatan di jalan-jalan masuk ke perkarangan stadium iaitu di Jalan Pasar depan Alamoda (depan Restoran Safwa), Jalan Bukit Sekilau (depan Malay Town), Jalan Lim Hoe Lek (depan Pasaraya Eng Hong) dan di Jalan susur keluar Padang MPK 3 ke Jalan Lim Hoe Lek.

Lalulintas menjadi sesak akibat sekatan tersebut yang dipercayai telah dimulakan sejak awal pagi. Kelihatan juga satu program sukan dan hiburan turut diadakan di perkarangan stadium. Mungkin itu satu usaha terancang untuk menghalang peserta perhimpunan gunakan lokasi terbabit. Peliknya, pihak polis sudah dimaklumkan bahawa lokasi perhimpunan bertukar ke Bukit pelindung. Namun, mungkin akibat gusar dengan ura-ura ia juga akan diadakan di kawasan terbabit maka mereka terpaksa mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang program tersebut daripada terus diadakan.


Sekatan polis di Jalan Pasar dan Jalan Bukit Sekilau sejak awal pagi lagi

Trak disusun depan stadium dan anggota menunggu di bawah khemah

Sekitar jam 10.30 pagi kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dilihat memasuki kawasan dihadapan Stadium Darul Makmur. Terdapat maklumat, program himpunan bantah Lynas juga akan diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan stadium. Akibat sekatan jalanraya yang diadakan untuk menghalang mereka, maka lokasi telah diubah ke kawasan Pasar Tani Mega dihadapan Restoran The Oasis, Malay Town.

Beberapa orang pemimpin kanan PKR Kuantan juga dilihat mengekori YB Fuziah. Turut hadir ialah YB Chang Ming Khai (ADUN Simpang Pulai, Perak) dan beberapa orang anggota AMK Pahang. Rombongan seramai lebih kurang 50 orang terbabit bergerak bersama YB Fuziah beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di pasar tani terbabit. Mereka turut memakai baju dan kain rentang "Stop Lynas".

Program berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan sessi bergambar di pintu masuk kawasan terbabit (pasar tani). Sebelum beredar satu sidang media ringkas telah diadakan di kawasan ini. Kelihatan beberapa orang pegawai FAMA memantau dan mengawasi pergerakan mereka. Pihak polis tidak kelihatan di kawasan itu, mungkin mereka tersalah strategi atau tidak jangka lokasi boleh bertukar ke kawasan itu.


YB Fuziah bergambar dengan salah seorang peniaga di pasar tani terbabit

Sempat bergambar kenangan sebelum meninggakan kawasan berkenaan

YB Chang Ming Khai dan Mr.Siew juga hadir bersama melawat pasar tani

AMK Pahang turut bersama, YB Fuziah bertanya sesuatu kepada peniaga


Video sidang media ringas Fuziah Salleh selepas program tersebut berakhir

Sementara itu difahamkan petang tadi, satu forum oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) anti Lynas telah diadakan di Hotel Swiss Garden Resort. Taklimat dalam Bahasa Inggeris itu telah disampaikan oleh Dr.Lee Chee Hong dengan tajuknya "Lynas: Why We Care".

Sementara itu seorang lagi penceramah iaitu
Dr.Gurmit Singh (Penasihat EPSM) yang menerangkan isu berkaitan alam sekitar dengan tajuknya "From Papan To Bukit Merah To Gebeng to Environmental Worries". Turut menyampaikan taklimat ialah Encik Harris Ibrahim (MCLM) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Going Forward" (Good Goverment and Public Partication).

Program yang bermula jam 1.10 petang itu berakhir dengan sessi sidang media sekitar jam 4.20 petang. Paling mengejutkan dalam program ini apabila pemimpin MCA
Dato' Ti Lian Ker yang mempertahankan projek Lynas bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia juga dilihat turut hadir bersama dalam program ini.



Pemimpin MCA, Ti Lian Ker sempat bermesra dengan Mr.Tan (Save Malaysia)
dan juga beberapa orang petugas yang berada dalam program itu tadi.

[Secara keseluruhannya, program bantahan Lynas hari ini berjaya mendapat sokongan dari kalangan rakyat berbilang kaum. Ini menolak tanggapan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan penyokong UMNO kononnya isu Lynas hanya dimainkan oleh kaum Cina sahaja. Sokongan terus bertambah dan dalam apa jua keadaan sekali pun rakyat tetap membantah Lynas biar pun pakar-pakar IAEA akan mengesahkan bahawa projek tersebut selamat dan tidak berbahaya kepada orang ramai.

Sokongan rakyat kini semakin membuak-buak dan Adnan Yaakob dan proksinya tidak perlu lagi bermain silap mata dengan memberi berbagai alasan untuk mengesahkan projek yang jelas sudah tidak relevan lagi dimata rakyat. Mereka boleh membayar berapa ramai pakar IAEA pun untuk mengkaji, tetapi rakyat sudah tahu bahawa adik beliau sendiri adalah bekas orang kanan agensi itu sendiri. Maka, apakah rakyat boleh percaya dengan keputusan yang bakal dibuat pakar itu hujung bulan ini?]. -Pahangdaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .