Menurutnya, golongan tersebut adalah yang paling ramai menyertai Himpunan Aman BERSIH baru-baru ini dengan begitu berani.
"Saya ucap tahniah kepada pemuda-pemuda daripada kampung, kerana saya rasa mereka lebih banyak (ramai) hadir dalam program dua, tiga hari lepas
"berbanding dengan setengah-setengah pimpinan (pemuda) yang memang tak hadir semata-mata kerana gerun dengan ugutan-ugutan daripada pihak kerajaan,"katanya sewaktu berucap dalam Majlis Makan Malam sempena Pelancaran Dana PRU-13 Pemuda DUN Chukai dekat sini semalam, 13 Julai.
Beliau mengingatkan, tidak ada ummah yang mampu mengubah negara, kcuali mereka terlebih dahulu membuangkan sifat takut dari jiwa mereka.
.
Para pemuda yang takut, tegasnya, bukan golongan yang layak untuk duduk di saf hadapan
Katanya, antara pemuda yang hadir dalam Himpunan BERSIH 9 Julai lalu adalah para pemuda 'punk' yang telah mengubah 'selera nafsu' mereka.
Mereka, kata Nik Abduh, kini melihat jalan perjuangan sebenar yang telah dibawa oleh pemimpin-pemimpinj PAS.
"Mereka (pemuda Punk) sudah mula melihat bukan cerita soal nafsu, (dulu) pakaian mereka dan tubuh mereka pelik, kerana matlamat mereka nak jamu nafsu,
"tetapi selepas 10 tahun mereka 'jamu hafsu' mereka tengok tak ke mana, tak selesai, akhirnya, mereka melihat orang-orang yang mulia, pejuang-pejuang agama,"jelas Nik Abduh.
Naib Presiden PAS Sallehuddin turut berucap dan merasmikan Palancaran Dana PRU-13 Pemuda DUN Chukai tersebut.
Turut hadir adalah, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail Harun
Makan Malam tersebut berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM10,000 sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti pemuda Chukai dalam usaha PAS Ganti Umno di negeri Terengganu. -BO