Ikuti Blog ini

Sambutan HANGAT Anwar Ibrahim Di SABAH


Ramai rakyat Sabah yang setia menanti kehadiran DS Anwar Ibrahim walaupun dihalang oleh pihak polis.

Hari ini adalah sambungan program Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah selepas semalam berlangsung program yang sama di Sarawak. Sejak awal pagi lagi dimaklumkan oleh Ketua PKR Tawau bahawa semua permit untuk program ini tidak diberikan dan road-block telah diadakan untuk jalan yang menghala ke program ceramah di Retsoran Sri Damai, Tawau..

Oleh kerana program itu tidak diberikan permit, maka program telah diubah kepada majlis bertemu rakyat pada jam 2.00 ptg di dalam premis sendiri iaitu di Pejabat PKR. Alasan bodoh polis mengapa tidak diberikan permit adalah kerana 'Sekarang bukan musim pilihanraya'.

Walaupun terdapat pelbagai halangan oleh pihak polis, termasuk menutup jalan menuju ke pejabat PKR sehingga memaksa orang ramai mencari laluan alternatif untuk ke sana, namun kehadiran rakyat Sabah adalah sangat menggalakkan.

Antara rakyat Sabah yang menyambut ketibaan DS Anwar Ibrahim

"Kerana ikut tuntutan agama dan perlembagaan, saya faham pentingnya untuk menghormati pelbagai agama dan nilai-nilai, (akhirnya) saya pun dituduh agen Kristian." - Anwar Ibrahim sedang memberikan ucapan.


Penceramah yang turut ada dalam program petang ini adalah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tian Chua
3. YBhg Datuk Kalakau Untol
4. YBhg Ahmad Tamrin Haji Jaini
5. Ybhg Dato’ Kong Hong Ming


Kredit : Tian Chua
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .