
Antara perkembangan yang penting adalah titah khas Yang di-Pertuan Agong yang dikeluarkan Istana Negara semalam, diikuti dengan cadangan yang diulangi Perdana Menteri Najib Razak pada pagi ini, yang menawarkan stadium sebagai pengganti jalan raya untuk perhimpunan. Terkini, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, dan bersedia membatalkan perhimpunan pada 9 Julai, seandainya dinasihat untuk berbuat demikian.
Apa yang tersirat di sebalik Titah Khas
Titah  Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sesungguhnya  akan ditafsir dengan pelbagai perspektif, dari perhitungan kepentingan  masing-masing.  Namun demikian, seandainya teks penuh Titah Khas  (dilampirkan di bawah) diteliti, akan didapati bahawa YDPA tidak  menggunakan istilah HARAM, sama ada ketika menggelar BERSIH, mahupun perhimpunan tersebut.  Sebaliknya, YDPA menggunakan istilah "Kumpulan Bersih", dan "perarakan dan perhimpunan beramai-ramai".   Lebih penting, dalam perenggan ketiga terakhir, baginda bertitah,  "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada  kebaikan walaupun niat asalnya baik."
 Ini  penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein  telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai  2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan  BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram.
Ini  penting dalam konteks di mana Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein  telah mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram mulai 1 Julai  2011, malah polis sejak awal lagi telah mengumumkan bahawa perhimpunan  BERSIH pada 9 Julai 2011 adalah perhimpunan haram.Lebih-lebih  lagi, YDPA langsung tidak menyentuh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan  terhadap BERSIH sepanjang dua minggu ini, termasuk resapan komunisme  dalam gerakan itu, niat untuk memerangi YDPA, wujud anasir asing,  muslihat pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi  jalanan dan sebagainya.
Sebaliknya, ketika menyeru kepada pihak BERSIH, YDPA bertitah, "...keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara."
 Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan  bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak  mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam  keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh  dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."
Sementara itu, Baginda menyeru kepada "pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan  bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak  mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam  keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh  dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."Istilah "adil" digunakan, yang mana jika diteliti dalam konteks tuntutan "pilihan raya yang bersih dan adil", amat memberi makna.
Dilema Najib
Apakah  perkembangan ini melembutkan sikap Najib Razak, yang masih berkeras  dengan kenyataan "Ambiga jangan fikir kuat" pada 2 Julai, kepada  cadangan "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul", pagi  tadi?
Untuk  Najib Razak, perhimpunan BERSIH 2.0 wajib dipatahkan untuk mengelakkan  "tsunami politik" pada 8 Mac 2008 berulang.  Perhimpunan BERSIH pada 10  November 2007 dikatakan sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan  UMNO-BN dalam PRU-12 - hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen, di  samping empat kerajaan negeri bertukar tangan, dan Kelantan kekal dalam  genggaman PAS.
Namun  demikian, tindakan terlalu keras yang digunakan untuk menekan gerakan  BERSIH mencungkil lebih ketidakpuasan, daripada ketakutan.  Ia  semestinya mencalar imej kerajaan Najib Razak, apabila orang awam ditangkap sewenang-wenangnya hanya kerana berpakaian "kuning".  Kezaliman itu seolah-olah sampai ke tahap "langsung tidak masuk akal".
Dan  Najib tersepit di antara dilema ini.  Seandainya perhimpunan BERSIH 2.0  gagal disekat, beliau akan dilihat sebagai "Abdullah Ahmad Badawi  kedua" dalam UMNO, yang akhirnya berundur.  Sekiranya kerajaan BN  memberi reaksi yang dilihat mencapai tahap "kegilaan" di persimpangan  "transformasi" ini, beliau akan dilihat sebagai "Mahathir Mohamad  kedua", yang terkenal dengan simbol "zalim" dan "kuku besi".
Langkah seterus BERSIH...
Untuk  BERSIH 2.0 pula, pimpinannya terpaksa membuat keputusan di bawah  tekanan-tekanan tertentu.  Kesediaan untuk mengadap YDPA mungkin sebagai  langkah BERSIH untuk menyanggah tuduhan "memerangi YDPA".  Seandainya  YDPA bersetuju untuk membuka pintu istana, maka UMNO-BN, bersama polis  yang menurut perintahnya, bakal menerima tamparan kerana dengan angkuh  menutup pintu rundingan bersama BERSIH sebelum ini. Bagaimanapun,  seandainya BERSIH dinasihatkan untuk membatalkan perhimpunan ini, dan  pimpinannya akur, maka mereka mungkin berdepan dengan suara berbeza yang  bakal timbul dalam gerakan ini.
 Senario  kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk  menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan  sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia  mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan  Najib menangani isu tersebut sebelum ini.
Senario  kedua adalah seandainya YDPA menyerah kepada kerajaan Najib untuk  menyelesaikan isu ini, maka Najib yang telah menutup pintu rundingan  sebelum ini, terpaksa menjilat ludah sendiri. Dan jika ini berlaku, ia  mungkin ditafsirkan sebagai YDPA tidak berpuas hati dengan cara kerajaan  Najib menangani isu tersebut sebelum ini.Senario  ketiga, seandainya Najib enggan membuka pintu rundingan - bukankah  BERSIH mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan perhimpunannya pada 9  Julai 2011?
Oleh Lim Hong Siang
Teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (pada malam 3 Julai 2011 - Klik di sini)


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
