Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.
"Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.
Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.
Kalau tengok tajuk laporan berita tu memang gah. "SPR sediakan pendaftaran pemilih secara online hari ini".
Harap tajuk ja la hebat tapi apa kejadahnya pendaftaran secara online kalau kena "menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR".
Kalau setakat boleh download borang online tu orang tak panggil daftar secara online.