Ikuti Blog ini

Manifesto adalah janji kepada rakyat dan amanah daripada Allah

Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Wanita Umno Bahagian Marang yang menyatakan bahawa PAS hanya mampu menabur janji “gula-gula’ untuk pancing undi serta tidak mampu jamin apa-apa perubahan kepada rakyat .

PAS telah membuktikann apa yang telah dijanjikan semasa menjadi kerajaan Terengganu tahun 1999 -2004 bahawa PAS menunaikan janjinya dlm manifestonya pada Pilihan raya Umum ke-10 (PRU 10)  dengan menamatkan kutipan TOL di  Jambatan Sultan Mahmud pada 30hb November 1999 sampai sekarang dan ianya tinggal kenangan yang sentiasa terpahat  kepada seluruh rakyat  Terengganu apabila kita berada atau melalui  jambatan Sultan Mahmud.

Pemerintahan PAS juga ketika itu terus memertabatkan hak wanita apabila Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan PAS meluluskan cuti bersalin 90 hari dengan gaji penuh kepada  wanita yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan cuti bersalin 7 hari untuk suami.

Begitu juga kerajaan PAS telah meluluskan ‘ kerja lima hari seminggu (cuti hari Jumaat dan Sabtu)’.  Yang paling mengembirakan kita kerajaan UMNO/BN  tiru  apa yang kita buat.(meneruskan apa yang kita luluskan).

Sebenarnya banyak lagi yang kerajaan PAS  laksanakan semasa memerintah,  cuma saya ingin sebut dan memperingatkan  kembali para pemimpin wanita Umno akan enakmen yang amat penting , yang InsyaAllah kita akan laksanakan apabila kita diberi mandat oleh rakyat dan menjadi  kerajaan selpas pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Kerajaan negeri Trengganu  telah pun mewartakan  enakmen yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Terenggani ketika PAS menjadi kerajaan berkaitan mengangkat suara wanita di Dewan yang mulia itu.

Melalui  enakmen tersebut memperuntukkan, seorang Wakil Rakyat boleh dilantik daripada kalangan wanita yang sekali gus membuktikan PAS sentiasa mengangkat martabat kamu wanita dan ini tidak dilakukan oleh UMNO Terengganu walaupun mereka memerintah Terengganu dari tahun2004 sehingga sekarang.

PAS bukan hanya pandai bercakap tetapi InsyaAllah telah dan berusaha melaksanakan janji-janji kami dalam manifesto PRU 13 kerana ianya adalah amanah Allah yang  akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu marilah kita menolak Umno dan Barisan Nasional yang telah mengkhianti amanah rakyat dengan pelbagai salah laku rasuah dan penyelewengan sekaligus menyokong dan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

Hajjah Zarani Othman
Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Terengganu/
Ketua Muslimat PAS Marang
20 Oktober, 2011
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .