

"Najib boleh berdebat dengan Abdul Hadi berhubung apa-apa isu, kerana PAS tidak mahu meletakkan sebarang syarat. Walau bagaimanapun, ia tidak harus terhad kepada isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam sahaja, kerana kita adalah sebuah negara berbilang kaum," kata Mahfuz.
"Seperti yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, saya rasa penduduk di negara ini sudah sedia menerima dan matang untuk menonton dan menganalisis perdebatan tanpa sebarang masalah."
Mahfuz berkata, ketika beliau adalah Ketua Pemuda PAS, beliau pernah mencabar Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berdebat.

"Saya juga bersedia memperbaharui cabaran saya kepada Hishammuddin (kanan) untuk berbahas dan ia boleh membabitkan sebarang tajuk," katanya.
Menurut Mahfuz, parti Islam itu telah menunggu untuk sekian lama, sejak tahun 1980-an, untuk berdebat dengan Umno. -M'kini