“Apa pun ramalan, bilakah pilihanraya tidak penting, hari ini, (sejak) dua tiga hari (lalu) sibuk , kononnya saya akan jadi Menteri Besar Johor, itu juga tidak penting,
“yang penting kali ini, kita mahu rakyat Malaysia pastikan (pada) pilihanraya akan datang, Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya, InsyaAllah,”ujarnya
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Perdana PRU13, Operasi Tawan Besut (OTB 4 + 1) yang diadakan di Dataran PGU Jerteh, dekat sini semalam, 7 Februari.
Menurutnya, hasrat menawan Putrajaya itu tidak akan tercapai sekiranya, Umno Terengganu tidak ditumbangkan dan Parlimen Besut dan setiap DUN dalam Parlimen Besut di menangi oleh PAS.
Katanya, keputusan itu bergantung kepada samada seluruh rakyat Besut berani atau tidak membuat perubahan pada PRU13.
Katanya, ada banyak sebab mengapa Umno dan Barisan nasional perlu ‘direhatkan’ dari mentadbir Negara ini.
Antaranya menurut beliau adalah masalah tanah dan kelangsungan hidup orang-orang Melayu.
Beliau menegaskan, dalam soal yang amat penting itu, Umno mengkhianati orang Melayu dan gagal membela nasib orang Melayu.
“apa yang umno buat pada perjuangan orang Melayu, sampai kepada peringkat (soal) tanah yang merupakan aset, merupakan harta yang pastinya sangat diperlukan oleh orang Melayu,
“itu pun hari ini, Umno tak boleh bela, jadi apa lagi yang tuan-tuan (kita) nak tunggu (harap daripada Umno),”katanya.
Turut berucap pada Majlis tersebut adalah Yang DiPertua Pas Besut, ustaz wan Azhar Wan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji salleh embong dan bekas Ketua Puteri Umno, Puan Rusni Hassan. -BO