Umno  tidak pernah meraikan demokrasi. Ketika setiap saluran media arus  perdana berada di pihak mereka, memberi ruang untuk Umno membuat  tohmahan hingga ke ruang tamu setiap rumah dalam negara ini, sedikit  ruang untuk membalas hujah tohmahan itu juga turut dinafikan.
Ceramah  penerangan, pidato pencerahan, itu sahajalah ruang yang dipunyai oleh  pejuang-pejuang kemerdekaan (sebenar) selain akhbar yang diluluskan  sekitar 2 kali sebulan. Kita seolah-olah hidup di alam sebelum merdeka,  tidak dibenarkan bebas bersuara, tidak langsung diberi ruang apabila  sejak akhir-akhir ini banyak ceramah yang diganggu.
Namun  ingin aku ingatkan di sini, ganggulah macamana pun, buatlah ugutan apa  pun, anak muda dan pimpian Pakatan Rakyat akan tetap teruskan siri-siri  penerangan dan kempen-kempen kesedaran betapa Umno itu adalah legasi  penjajah dan perlu ditumbangkan bagi kemerdekaan sebenar. Barulah  demokrasi itu benar-benar dapat diraikan !
Malam  ini di Dewan Kg Idaman Klang ada ura-ura akan berlaku kekacauan. Itu  sahajalah modus operandi yang tinggal buat Umno mempertahankan ketuanan  eletisnya. Mereka tiada hujah, hanya menghalang kebenaran itu sampai  kepada rakyat. 
Pelbagai  gerakan akan diteruskan tidak kira siapa pun penghalangnya. Gerakan ABU  juga telah melepasi fasa pemanas badan dan akan menyerang seluruh  negara dalam masa terdekat. Serangan berpelurukan maklumat dan fakta,  serangan yang menyedarkan semua orang bahawa Umno retorik itu perlu  ditumbangkan demi Malaysia yang lebih terjamin, bukan sekadar retorika!
Ayuh  malam ini bersama anak muda dan mahasiswa. Inilah masa depan negara,  tanggungjawab kita bersama untuk pastikan demokrasi sebenar diraikan !! 
Malaysia  negara kita, selamatkanlah! Sudah sampai masanya untuk kita bergerak  dengan lebih mapan dengan penuh keberanian. Asalkan Bukan Umno ! ABU  adalah Jawapan !!




