Belum apa-apa kerajaan telah mengakui tentang bahaya logi nadir bumi Lynas. Himpunan Hijau sebelum ini bertepatanlah!!
Kerajaan melalui Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai mengakui tentang bahaya Lynas. Menteri Kesihatan berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia. Sebelum ini kerajaan Australia telah menolak permohonan tersebut. Mereka tak nak cari ‘mampuih’ nak membawa pulang sisa radioaktif ke negerinya.
Sekiranya tidak berbahaya kenapa begitu payah untuk melupuskan sisa tersebut. Tanam sahaja di Kuantan atau di belakang rumah Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang yang begitu teruja tentang Lynas.
Sampai ke saat ini juga kerajaan juga masih was-was dengan Lynas dan operasinya. “Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi),” kata Menteri Kesihatan kepada News Oriental Daily.
Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.
Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain pada April lepas.
Juga kalau operasi Lynas tidak berbahaya tentu kerajaan Australia akan menerimanya. Namun begitu kerajaan Australia tak lah bodoh macam Kerajaan Malaysia!! Kalau tak berbahaya takkanlah kabinet nak suruh hantar semula ke Australia. Kabinet nak orang Australia merasa kesan radioaktif tersebut selain rakyat Malaysia yang lumayan merasainya. Kongsi seorang sedikit.
Kena cari siapa ‘makan’ paling banyak dengan projek tersebut sehinggakan Kerajaan Malaysia begitu senang diperbodohkan kapitalis asing!!