Yang pastinya, berita pelarasan gaji untuk pejawat awam gred 1-54 (13%), utama C, B dan A (9%), turus 3 dan 2 (8%) dan turus 1 dan KSN (7%) telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
BAYARAN TUNGGAKAN DITERIMA PADA GAJI BULAN MAC ATAU APRIL
Bulan depan, kakitangan awam akan jadi kaya sekejap, boleh la belanja anak–anak makan KFC, sebab Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, ”bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012, dan dibayar mulai bulan ini atau April”.
Kalau diikutkan pendapatan Kerajaan Malaysia yang mencecah hampir RM200 Bilion setahun, sepatutnya kakitangan awam mendapat gaji yang lebih tinggi, terutamanya gaji minima perlulah ditetapkan sekurang-kurangnya RM1,000, seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
Bukannya kita mahu hidup mewah, tetapi realitinya, keperitan hidup rakyat boleh kita lihat di sekeliling kita... duit belanja harian pun tak lepas. Contohnya, adakah kita ada membuat simpanan RM100 setiap bulan di dalam bank ???
Keuntungan Swasta Sedikit, Imbuhan Untuk Pekerja Lebih Tinggi
Kalau kita ambil contoh, pada tahun 2007, lebih 30,000 pekerja bank menerima “durian runtuh” antara RM4,00 hingga RM17,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan Perjanjian Bersama di antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA). Ahli-ahli NUBE mendapat pelarasan gaji sebanyak 17 % dan juga bonus tetap 2 bulan setiap tahun dalam perjanjian tersebut.
Perjanjian Bersama 2009-2012 pula menyaksikan kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.
Begitulah untungnya pekerja swasta, kerana pihak swasta disamping tidak ada ketirisan dalam pengurusan, pengambilan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan dana setiap tahun, Kesatuan Pekerja mereka juga memang mempertahankan habis-habisan pekerja swasta di seluruh Malaysia.
Beri Peluang Kepada Pakatan Rakyat
Kakitangan awam terpaksa menanggung kerugian selama ini akibat berlakunya pelbagai kerugian dan penyelewengan sebanyak lebih RM100 bilion, dan juga Aliran Wang Haram Negara sebanyak RM1,000,000,000,000 (1 trilion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2009, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).
Walaupun Perdana Menteri mengumumkan satu berita baik, tetapi ramai yang menganggap ia satu berita paling buruk, terutamanya yang telah tandatangani pencen 60 tahun. Mereka yang sudah sampai tangga gaji terakhir, mungkin menghantukkan kepala berkali-kali ke dinding dan berazam tidak akan mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Mereka ini, "Kalau masih tak dapat menampung keperluan kehidupan sekarang, silalah tambahkan pendapatan dengan usaha-usaha sendiri, seperti berniaga, menceburi pelaburan emas perak, berkebun dan sebagainya".
Tetapi yang terbaiknya.... pastikan beri peluang Pakatan Rakyat memerintah Negara ini untuk satu penggal selama 5 tahun, agar kebaikan untuk Rakyat akan dikecapi. Seperti di Selangor, pendapatan negeri jauh kurangnya dari kerajaan pusat, tetapi Rakyat di negeri ini menikmati kebaikan berterusan seperti Tabung Warisan Anak Selangor RM100 setahun, Hadiah Masuk Universiti RM1,000, Pemberian Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas RM2,500 dan lain-lain.
Bukannya BR1M sebanyak RM500 sekali sahaja semenjak UmnoBn berkuasa 55 tahun yang lalu...!!!
- sumber